Kuala Lumpur, 25 November 2023, 7.35 malam – PUSAT Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menegaskan pihaknya tidak akan menghubungi orang awam berkaitan siasatan kes jenayah penipuan kewangan. Justeru, NSRC mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan kenyataan atau panggilan telefon daripada pihak tertentu yang mengaku sebagai pegawainya bagi membantu siasatan kes. Dalam kenyataan hari ini, NSRC berkata, pihaknya telah mengesan beberapa cubaan menggunakan nama NSRC untuk memperdaya orang ramai di dalam kes jenayah penipuan. NSRC tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dengan penyalahgunaan nama NSRC.

Hati-hati jika anda menerima panggilan telefon dari pihak yang mengaku sebagai pegawai NSRC. Menurutnya, individu yang menjadi mangsa penipuan dalam talian dan sudah membuat transaksi kewangan, boleh menghubungi NSRC di talian 997. NSRC beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam pada setiap hari. Anda juga boleh menghubungi hotline bank masing-masing untuk aduan selepas jam 8 malam. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pihak NSRC di talian telefon 03-88613830 atau e-mel kepada nsrc@rmp.gov.my.

Orang ramai diminta untuk tidak menjawab sebarang panggilan telefon daripada Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC). Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM), ASP Rahmat Fitri Abdullah, panggilan telefon tersebut merupakan kaedah terbaharu scammer untuk menjerat individu ke dalam jenayah scam.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM), ASP Rahmat Fitri Abdullah, panggilan telefon tersebut merupakan kaedah terbaharu scammer untuk menjerat individu ke dalam jenayah scam. NSRC, kata beliau, diwujudkan untuk menerima panggilan daripada pengadu yang dikhuatiri terjerumus dalam jenayah scam.

Justeru, badan berkenaan, tegas Rahmat Fitri, tidak akan sesekali melakukan panggilan telefon kepada sesiapa. Selain PDRM, Kewujudan NSRC juga, jelasnya, merupakan inisitiaf bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia (BNM). PDRM, SKMM, Bank Negara dan ahli jawatankuasa terlibat telah mewujudkan kemudahan kepada seluruh masyarakat, di luar sana, bagi mana-mana individu yang pernah menajdi mangsa scam untuk menghubungi NSRC.

Sekarang ini scammer telah menggunakan nama NSRC ini untuk scam mangsa. Jadi jika anda menerima sebarang panggilan telefon daripada NSRC dan kata dia mewakili NSRC, itu adalah scam,” ujarnya dalam satu perkongsian di platform TikTok. Selain itu, beliau berkata, nombor talian aduan kepada NSRC hanya mempunyai tiga digit sahaja iaitu 997.

NSRC hanya berfungsi untuk anda menghubungi mereka dan bukan mereka menghubungi anda. Petanda yang paling mudah untuk anda tahu itu adalah scam, sangat mudah kerana NSRC ini, nombor taliannya hanya tiga digit sahaja, iaitu 997. Dan jika yang hubungi anda itu berkata mereka mewakil NSRC keluar nombor lain, selain daripada tiga digit tersebut, itu adalah panggilan dari scammer,” tambahnya. Justeru, beliau memohon mana-mana individu untuk sentiasa peka dan menghebahkan fungsi sebenar NSRC ini kepada orang lain bagi mengelakkan risiko menjadi mangsa jenayah scam.

#PrezCom