Kuala Lumpur, 20 November 2023, 9.37 malam – ANAK tidak sah taraf atau anak luar nikah ialah anak yang lahir atau terbentuk sebelum diadakan perkahwinan yang sah. Contohnya, jika sepasang lelaki dan perempuan bersekedudukan sama ada lama atau sekejap kemudian mengandung maka anak yang dikandung itu dianggap anak tidak sah taraf walaupun anak itu lahir dalam perkahwinan yang sah. Ini bermakna benih-benih kandungan yang terjadi sebelum kahwin dan dilahirkan dalam tempoh perkahwinan, maka anak itu tetap dianggap anak tidak sah taraf. Oleh yang demikian, jika anak yang tidak sah taraf itu perempuan dan ia mahu berkahwin di kemudian hari, maka walinya ialah wali hakim. Begitu juga anak angkat.

Ramai anak tidak sah taraf menjadi mangsa keadaan dan penjaga mereka sebagai responden utama, selain turut mengambil pandangan pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja, pakar psikologi, wakil pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta wakil mufti. Anak tidak sah taraf dinamakan dengan nama ‘Abdullah’ bukan sahaja mengalami kesan psikologi, bahkan turut mengundang kepada masalah sosial. Kajian itu percaya sekiranya status anak tidak sah taraf dilindungi daripada pengetahuan awam, stigma masyarakat dapat dikurangkan. Namun sekiranya penamaan kepada ‘Abdullah’ itu ditonjolkan dan diketahui status terbabit, agak sukar stigma itu untuk dibuang apatah lagi dengan pelbagai kerenah masyarakat.

Fenomena kelahiran anak luar nikah dari hasil zina seakan-akan sudah menjadi masalah sosial yang lumrah dan tidak asing lagi kepada masyarakat Malaysia. Akibat daripada perbuatan sumbang ini, anak-anak ini yang menjadi mangsa dan dipandang hina oleh masyarakat. Sudah tentu perasaan rendah diri akan timbul apabila mendapati status, nama dan gelaran tidak sama seperti rakan-rakan yang lain. Anak-anak tidak berdosa itulah yang menanggung kesan dari perbuatan keji masyarakat hari ini. Artikel ini bertujuan untuk melihat hubungan kesan psikologi dan masalah sosial anak tak sah taraf dari sudut status penamaan.

Falsafah disebalik kajian ini adalah interpretif dan menggunakan pendekatan kualitatif dalam mengadaptasi reka bentuk kajian. Strategi kajian pula ialah kajian kes. Adapun kaedah pengumpulan dan analisis data dalam kajian ini adalah kombinasi teknik temu bual mendalam iaitu ‘in-depth interview’ dan analisis kandungan dokumen. Manakala soalan temu bual pula adalah jenis temu bual separa berstruktur atau temu bual semi-struktur. Jenis sampel dalam kajian ini ialah menggunakan jenis purposive sampling iaitu persampelan bertujuan. Seramai dua orang penjaga anak-anak tidak sah taraf ditemubual sebagai responden dalam kajian ini.

Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti anak-anak tak sah taraf mengalami kesan psikologi dan masalah sosial apabila mengetahui penamaan kepada Abdullah adalah merujuk kepada anak luar nikah. Tiga sub tema kesan psikologi telah dikenal pasti dan memberikan respon yang negatif iaitu majoritinya terkesan dengan masalah kemurungan, tekanan emosi dan memberikan perubahan fizikal secara tidak langsung. Kesemua kesan yang dihadapi adalah bergantung kepada faktor umur dan pertumbuhan manusia. Kata kunci: Anak Tak Sah Taraf, Fatwa, Kesan Psikologi, Masalah Sosial, Penamaan.

Isu berkenaan nasab dan kesahtarafan anak bukanlah suatu isu yang boleh diambil ringan. Islam sangat menitikberatkan isu berkenaan nasab dan kesahtarafan anak kerana hak seorang anak yang tidak sah taraf sama sekali tidak sama dengan anak yang sah tarafnya. Kesahtarafan anak juga memberi kesan yang besar terhadap seseorang anak itu terutamanya dalam isu perwalian dan pusaka.

#PrezCom