
1. Ketua Wanita UMNO, Noraini Ahmad bersetuju untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Naib Presiden UMNO. Ini bagi memberi ruang bagi mengukuhkan parti.
2. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyrat Wajdi Dusuki mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan akan datang.
3. UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sokong 100% kepimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden dan mengekalkan jawatannya bagi penggal seterusnya.
4. 10 Ahli Parlimen yang dikatakan pengkhianat kerana menandatangani (SD) menyokong Muhyiddin Yassin sudah dimaafkan. Mereka ialah, Hishammuddin Hussein (Sembrong), Hasni Mohammad (Simpang Renggam), Wee Ka Siong (Ayer Hitam), Jalaludin Alias (Jelebu), M.Saravanan (Tapah), Wee jeck Seng (Tanjung Piai), Isam Isa (Tampin), Adnan Abu Hassan (Kuala PIlah), Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) dan Abdul Rahman Mohamda (Lipis)
5. Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerai, Norma Awang berkata “pengundi 18 tahun mempunyai tahap kematangan dan pemahaman yang mentah mengenai pilihan raya dan beliau menyarankan untuk menaikkan semula umur pengundi ke 23 tahun kerana mereka dikatakan tidak matang. Beliau juga menggesa Rang Undang-Undang (RUU) Akta Anti manipulasi Agama (AAMA) dibentang dan di bahas dan diluluskan dalam sesi Parlimen akan datang bagi mengelakkan dan menghalang mana-mana pihak memanipulasi atau menunggang agama untuk kepentingan sendiri.
6. Jamaluddin Elias (Datuk Nash) yang ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini apabila diminta mengulas mengenai isu “Kerjasama UMNO dengan DAP” menegaskan ‘pilihan berkerjasama dengan PH dan DAP itu adalah lebih baik berbanding PN yang dianggotai parti yang bertujuan untuk membunuh UMNO’.
#PersidanganAgungUMNO
#PresidenUMNO
#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#DatukSeriDrAhmadZahidHamidi
#PrezCom