
Kuala Lumpur, 13 November 2023, 8.10 malam – MASIH lagi terdapat penjawat awam malahan pekerja kantin warga asing di premis kerajaan yang masih merokok secara sembunyi di kawasan tangga, luar bangunan, tandas dan tempat-tempat tersorok. Bukan sahaja merokok, malah membuang puntung rokok dimerata tempat terutama ditangga-tangga dimana tempat mereka melepak. Hasil pemerhatian seorang pembaca, pekerja kantin tersebut berani berbuat demikian kerana mungkin tidak menyedari kesalahan merokok di premis awam. Adakah mereka tidak diberi penerangan sebelum diterima sebagai pekerja.
Perkara ini perlu diberi perhatian khas oleh pihak berkuasa berkenaan supaya tindakan dapat diambil kepada mereka yang engkar arahan yang diberi terutama kepada pekerja asing yang diupah untuk berkerja. Sudah tiba masanya Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan pemeriksaan rawak dan mengejut di premis dan jabatan kerajaan di sekitar Putrajaya kerana masih ada mereka yang berdegil melakukan kesalahan tersebut.
Berdasarkan statistik, seramai 4,529 dikompaun dan 1,230 bilangan kompaun di Putrajaya atas kesalahan merokok. Ini memberi imej buruk kepada keseluruhan Perkhidmatan Awam bak kata pepatah kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga. Kepada orang ramai yang kuat merokok, perlu difikirkan bahawa merokok merosakan kesihatan. Seharusnya pesanan sebegini yang telah lama diperingatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) perlu dijadikan perhatian utama kepada setiap individu. Putrajaya merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan yang utama di Malaysia. Bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pentadbiran kerajaan Malaysia, malah menjadi tumpuan pelancong yang datang melawat ke Malaysia. Kebersihan mencerminkan sikap warga negara. Jika kotor tempat yang didiami maka kotorlah juga sikap warga negara tersebut. Sama-sama menjaga kebersihan negara kita dan jauhi perkara yang dilarang.
#PrezCom