Kuala Lumpur, 12 November 2023, 5.04 petang – JIKA tahun 2021 digambarkan suram akibat serangan Covid-19, selama 365 hari sepanjang tahun itu diibaratkan sarat dengan ujian jangkitan dan kematian rakyat Malaysia dan seluruh dunia. Ujian yang sangat menakutkan dikala itu ditambah dengan rasa ragu-ragu terhadap program suntikan Covid-19 yang dikatakan memberi kesan sampingan yang berpanjangan .

Tiba pula ditahun 2022. Rakyat diuji dengan pergolakan parti-parti politik negara yang tidak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15. Pergolakan demi pergolakan terus berlaku yang semakin memanaskan keadaan negara ketika itu. Disebabkan dasar politik negara yang tidak stabil maka pelabur begitu sukar untuk melabur di Malaysia kerana bimbang keadaan ekonomi negara yang tidak memberangsangkan disebab ketidakstabilan politik.

Ketibaan 2023 yang penuh kontroversi dikalangan semua parti politik dan dapat disaksikan oleh rakyat menerusi sidang parlimen. Berbagai isu berbangkit dari kisah rasuah sewaktu PRU -15 hinggalah yang terbaru iaitu kehilangan beras tempatan dan kenaikan harga barang yang mendadak tanpa diduga oleh rakyat. Ada desas desus mengatakan banyak lagi barang keperluan yang akan hilang dari pasaran tidak lama lagi. Itu semua adalah ujian untuk rakyat. Dimanakah peranan kerajaan yang memerintah dan terbukti yang bercelaru sebenarnya adalah kerajaan bukannya rakyat.

Nampaknya, apa sahaja tindakan kerajaan masa kini serba-serbi tidak kena. Tidak diketahui sama ada kritikan-kritikan tersebut berpunca daripada kerajaan memang benar lemah atau rakyat bercelaru kesan wabak dan bencana bertali arus. Imej kerajaan sangat bergantung kepada semua agensi kerajaan sama ada akan disenangi atau dibenci rakyat. Justeru, seelok-eloknya apa sahaja isu yang menimbulkan curiga dan kurang senang rakyat, kerajaan kena segera menanganinya.

Dari sudut yang berbeza, berbagai kelemahan telah terserlah dan menjadi bukti bagaimana kerajaan yang lemah boleh membawa bencana menyeluruh kepada kita semua. Setiap cabaran dan masalah dihadapi rakyat masih tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan khususnya dalam aspek pemulihan ekonomi. Masalah kenaikan harga barang masih belum selesai, kelemahan perkhidmatan pengangkutan awam kian hari kian menjadi-jadi, dan politik perkauman dan benci-membenci kian berlarutan di bawah kerajaan PH dan PN sekarang.

Kerasukan mereka itulah yang akan menghakis kepercayaan rakyat, sekali gus menjarakkan mereka daripada institusi politik yang sepatutnya membuahkan kebaikan buat semua. Pastikan politik kotor dan penipuan tidak akan berulang buat generasi akan datang.

#PrezCom