
Kuala Lumpur, 4 November 2023, 7.18 petang malam – BURUH asing dilarang mengahwini rakyat tempatan sepanjang tempoh mereka memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di negara ini. PLKS ialah permit kerja untuk warga asing yang bekerja secara sah di negara ini dan diberi kepada tujuh sektor bagi tempoh satu hingga 10 tahun yang ditetapkan oleh kerajaan selain ciri khas dipamerkan pada pasport individu terbabit.
Wanita tempatan amat berisiko ditinggalkan pasangan masing-masing jika bertegas mahu berkahwin dengan pemegang PLKS kerana perbuatan itu melanggar undang-undang imigresen negara. Wanita tempatan perlu sentiasa diperingatkan mengenai perkara ini kerana akibatnya amat buruk dan merumitkan dibelakang hari nanti. Kegagalan mematuhi peraturan itu menyebabkan permit pekerjaan mereka terbatal secara automatik dan diusir dari negara ini serta-merta seperti termaktub mengikut Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155).
Walau baagaimanapun, status perkahwinan pasangan Muslim terbabit adalah sah, jika pernikahan memenuhi syarat sah nikah dan perceraian pula hanya boleh berlaku jika permohonan cerai dikemukakan ke Mahkamah Syariah. Berlainan pula dengan pasangan bukan Islam, Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidang kuasa membubarkan pendaftaran perkahwinan terbabit. Ianya tetap berisiko seperti mana pasangan yang beragama Islam. Manakala pasangan warga asing yang mahu berkahwin dengan wanita bukan warga tempatan hanya perlu membuat permohonan kepada kedutaan negara masing-masing.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata, pihak Imigresen mahu mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa agama negeri berhubung syarat perkahwinan rakyat tempatan dan warga asing, terutama pemegang PLKS. Terdapat dakwaan berlaku ketidakseragaman, menyebabkan syarat dan peraturan ketat ditetapkan imigresen berhubung urusan perkahwinan rakyat tempatan dan warga asing terutama pemegang PLKS dibolosi. Imigresen tidak memiliki kuasa untuk membubarkan perkahwinan, termasuk bagi pasangan rakyat tempatan dan pemegang PLKS kerana urusan perkahwinan berada dibawah pihak berkuasa negeri. Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang pihak Imigresen hanya boleh membuat bantahan sahaja
Sesi libat urus bertujuan mewujudkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) jelas bagi permohonan perkahwinan membabitkan pasangan warga asing dan rakyat tempatan. Ia amat penting kerana tidak mahu perkara berbangkit dikemudian hari dan akan berlaku salah menyalah diantara berbagai pihak. Menurut Ruslin, Apa yang pihaknya boleh lakukan adalah, jika melanggar Akta Imigresen ialah menamatkan permit diberi dengan serta-merta dan mengusir warga asing terbabit pulang ke negara asalnya,” katanya kepada BH.
“Sebenarnya kemasukan warga asing ke negara ini secara sah hanya bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mengikut sektor yang ditetapkan dan bukannya untuk berkahwin. Sepatutnya pihak berkuasa agama yang menerima maklumat awal permohonan perkahwinan itu perlu merujuk kepada Imigresen jika mendapati wujud pertentangan akta yang tidak membenarkan perkahwinan itu berlaku. Menurut Ruslin lagi, warga asing yang mahu berkahwin dengan warga tempatan perlu mengisi borang khas dengan lengkap termasuk maklumat majikan dan kaedah ini antara lain dapat mengesan sama ada warga asing terbabit dibenar berbuat demikian.
#PrezCom