Kuala Lumpur, 3 November 2023, 15:37 – PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pergawai atau menteri yang bertindak membuat penyelewengan atau salahguna kuasa dan menyebabkan ketirisan terhadap dana awam. Perkara itu disuarakan oleh beliau kerana sering ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sebelum ini. Beliau tidak mahu melihat atau mendengar soal rasuah atau proses kepada perkara penting diremehkan kerana itu akan merugikan dana awam.

Apa yang pernah berlaku dahulu yang melibatkan salah guna kuasa dan ketirisan tidak boleh diulang lagi dan untuk itu tindakan segera perlu diambil jika ianya telah disahkan berlaku. Perdana Menteri merujuk kepada soal salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan. Pihak yang didapati terbabit dan terbukti melakukan kesalahan-kesalahan seperti itu akan dipertanggungjawabkan dan dikenakan tindakan segera sekiranya terbukti melanggar undang-undang. Tiada pihak yang akan terlepas daripada diambil tindakan tidak kira sama ada ianya menteri, pegawai kerajaan, pengurus syarikat dan pihak-pihak yang ditugaskan untuk menjalankan amanah tetapi telah mengkhianati.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menegaskan perkara tersebut ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat hari ini. Perdana Menteri merujuk kepada isu 104 ventilator berfungsi daripada 136 yang diperoleh semasa pandemik Covid-19 dan kerugian RM505 juta akibat 8.5 juta dos vaksin tamat tarikh luput. Kerajaan telah menempuh berbagai siri salah guna kuasa dan penyelewengan serta beberapa kali menerima teguran daripada pengauditan berhubung perolehan seperti yang dilaporkan dalam LKAN dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Isu terkini adalah, penemuan kerugian wang awam hampir RM700 juta, antaranya melibatkan pengurusan program penanaman padi negara, pengurusan pembangunan hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan kawal selia senjata api di bawah Kementerian Dalam Negeri. Banyak teguran yang dibuat oleh bahagian pengauditan tetapi yang dibangkitkan adalah isu hangat yang terkini yang melibat wang rakyat dan dana daripada kerajaan yang sedang disiasat.

Mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, Perdana Menteri berkata, perkara itu telah ditugaskan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama jawatankuasa yang dibentuk. Beliau menjawab isu peruntukan yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perdana Menteri menjawab untuk isu peruntukan, sekiranya tuntutan itu munasabah, maka tiada masalah untuk diluluskan. Hak sebenar peruntukan adalah untuk rakyat. Wakil rakyat mempunyai hak masing-masing iaitu ada gaji dan elaun. eperti mana kita lakukan ketika zaman Bera (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) ada libat urus, runding ada parameter, kita runding, kita teruskan. “Saya tidak beranjak daripada pendirian itu. Soal nak kata zalim, maknanya kerajaan dulu zalimlah, tak bagi (peruntukan).” Berkaitan pelarasan pencen tentera, Anwar berkata kajian telah dilakukan bersama sekretariat Jabatan Perkhidmatan Awam untuk melihat penyelarasan menyeluruh termasuk veteran tentera berpencen.

Perdana Menteri memohon sedikit masa untuk meneliti apa yang dipohon oleh semua pihak. Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam tidak perlu menolak mana-mana permohonan. Beliau akan berbincang dengan KSN (Ketua Setiausaha Negara) dan KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) bagi membuat kajian menyeluruh untuk pastikan tiada satu pun tertinggal. Mengenai penggunaan bahasa Melayu bagi surat rasmi, Perdana Menteri menjelaskan bahawa perkara itu hanya dikuatkuasakan terhadap jabatan dan syarikat tempatan manakala syarikat antarabangsa diberi pengecualian.

#PrezCom