
Kuala Lumpur, 28 Oktober 2023, 7.30 malam – ADA pemimpin apabila dipilih menjadi wakil rakyat, lalai sehingga memberi imej buruk kepada parti. Jadi, mana-mana wakil rakyat yang tidak ‘perform’ buatlah keputusan sendiri untuk berhenti sebelum diminta oleh rakyat supaya berhenti. “Tepuk dada tanya selera.” Adakah kita layak untuk menjadi seorang wakil rakyat”.? Sudah tertunaikah apa yang dimahukan oleh rakyat yang memberi undi kepada kita?
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sekiranya apa yang diinginkan tidak memenuhi permintaan pengundi, ambil tindakan supaya dibuang sahaja. Tindakan ini bukan satu ugutan tetapi jaminan kepada rakyat supaya wakil rakyat berkenaan akan bekerja bersungguh-sungguh dan berkhidmat kepada rakyat.
Di dalam mana-mana parti politik di dalam dunia ini, ramai wakil rakyat yang dipilih tidak dapat mempersembahkan tugas dengan baik kepada rakyat yang memilih mereka. Namun perlu dinilai juga kepada tugas yang diamanahkan kepada wakil-wakil rakyat tersebut adakah tugas itu terlalu berat atau tugas yang mustahil untuk dilaksanakan? Jangan terlalu memberi tekanan kepada mereka kerana ramai juga wakil rakyat yang benar – benar mencuba untuk memenuhi permintaan pengundi tetapi ia tidak mampu dilakukan mungkin disebabkan sesuatu halangan yang tidak dapat dielakkan.
Ada anak muda gagal mengemukakan usul-usul di Dewan Rakyat, tetapiereka boleh bercakap walaupun tiada impak untuk ekonomi negara dan rakyat. Namun mereka adalah perintis kepada kerusi wakil rakyat akan datang. Beri sedikit masa untuk melihat dan belajar bagaimana untuk mengemudi parti dan kawasan sebagai satu persediaan dimasa akan datang.
#PrezCom