Kuala Lumpur, 27 Oktober 2023, 12:55 – SERING kita dengar bahawa pendatang asing tidak pernah mempunyai masalah untuk menyewa apa-apa jenis rumah di Malaysia mahu pun di mana-mana negara yang mereka diami. Sindiket penipuan dalam talian merupakan satu jenis aktiviti yang meraih keuntungan tanpa had selagi perniagaan atau operasi mereka tidak diketahui ramai atau pihak berkuasa. Menyewa kediaman dengan harga RM15,000 sebulan bukanlah satu masalah bagi mereka kerana dengan hasil penipuan dalam talian sudah melebihi daripada apa yang mereka perlukan untuk membayar sewa.

Menyewa unit kondominium untuk dijadikan pusat panggilan bagi menjalankan aktiviti untuk mengaburi mata semua pihak. Mereka memang bijak dalam mengatur rancangan. Menyewa penginapan yang berdekatan dengan pusat membeli-belah selain mempunyai kemudahan awam dan diliputi internet yang baik. Mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, sindiket penipuan itu tidak mempunyai masalah untuk membayar sewa.

Pada 20 Oktober 2023, Jabatan Imigrsen menahan seramai 136 pendatang tanpa izin termasuk enam wanita yang menyewa beberapa unit kondominium termasuk unit ‘penthouse’, di Jalan Munshi Abdullah di awal pagi tadi. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata serbuan itu dilakukan hasil risikan dan aduan orang awam yang mendakwa jumlah warga asing terlalu ramai di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan kebimbangan.

Jabatan Imigresen menahan pendatang tanpa izin yang terdiri daripada 130 lelaki dan enam wanita dari Bangladesh, Indonesia, India, Nepal, Pakistan dan Thailand berusia 20 hingga 70 tahun kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen perjalanan. Melihat daripada tempat yang disewa, ternyata mereka mampu menjalani kehidupan yang mewah. Ada yang ditahan tinggal di emper (penthouse) dan ini menunjukkan kemampuan mereka agak besar. Siasatan awal mendapati warga asing ini menyewa di dua blok kondominium yang mempunyai tiga atau empat bilik satu rumah dengan dihuni sekurang-kurangnya lapan orang.

Menurut Ruslin, seramai 3,016 warga asing diperiksa dalam serbuan selama empat jam bermula 1 pagi dengan melibatkan 338 anggota Imigresen dari Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur. Katanya semua pendatang asing tersebut dibawa ke Depot Imigresen Semenyih, Selangor untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Ruslin berkata sebanyak 7,169 operasi dilaksanakan pihaknya bermula Januari hingga 18 Okt lepas dengan 48,656 pendatang tanpa izin dan 245 majikan ditahan.

#PrezCom