
Kuala Lumpur, 25 Oktober 2023, 5.31 petang – SIASATAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan meneliti dakwaan mengenai salah guna kuasa oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang mengutip wang derma untuk rakyat Palestin. Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sedang mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan daripada pihak Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) bagi menjalankan siasatan lanjut. Selain memerlukan beberapa dokumen penting daripada Aman Palestin, SPRM juga perlu mendapatkan penyata serta perincian kewangan pertubuhan amal itu daripada pihak perbankan.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya melakukan siasatan kerana terdapat dakwaan pertubuhan amal terbabit menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai. Perkara itu perlu diperoleh bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan keatas Aman Palestin dan pihak bank untuk mengetahui dari segi pungutan wang dan bagaimana wang itu dibelanjakan. Buat masa ini SPRM masih belum memanggil sesiapa lagi daripada pihak Aman Palestin bagi memberi keterangan. Menurut Azam, dalam melakukan siasatan terbabit, pihaknya perlu melihat secara teliti daripada mula pungutan wang itu dibuat dan ke mana wang dibelanjakan.
Pada masa ini SPRM perlu menumpukan terhadap dokumen yang perlu dikaji dan dalam erti kata lain, SPRM perlu membuat forensik akaun. Menurut Azam lagi, saksi yang terbabit akan dipanggil untuk disoal bagaimana pengurusan dan perbelanjaan dijalankan. Terdapat tohmahan dan laporan media tempatan yang mempersoalkan perbelanjaan dibuat oleh Aman Palestin sama ada ia benar-benar untuk kebajikan rakyat Palestin atau sebaliknya. Aduan diterima oleh pihak SPRM sejak minggu lalu dan pihak berkuasa tersebut telah pun menjalankan siasatan awal dan perkara itu juga telah dilaporkan oleh pihak media tempatan.
Azam sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya mengambil tindakan proaktif untuk menyiasat perkara ini. Sekiranya melibatkan pungutan wang dari orang ramai bagi tujuan kutipan dana badan amal, maka siasatan akan dijalankan apabila menerima aduan salah guna kuasa atau penyelewengan. Beliau yang ditemui pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Antirasuah Antikorupsi Antarabangsa 2023, di sini hari ini, berkata pihaknya mendapat kerjasama daripada NGO itu, termasuk pengarahnya, namun belum merakam keterangan mana-mana individu.
#PrezCom