
Kuala Lumpur, 24 Oktober 2023, 12:03 – MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penguatkuasaan lebih tegas dan agresif akan dilaksanakan bagi membanteras perbuatan penderaan seksual terhadap kanak-kanak dengan mendakwa semua golongan masyarakat yang tidak memberi kerjasama dengan menyembunyikan sebarang perkara buruk yang berlaku terhadap golongan itu. Biasanya orang-orang yang terdekat dengan kanak-kanak adalah guru-guru dan jiran termasuk saudara mara yang terdekat dan sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengan kanak-kanak tersebut.
Datuk Seri Azalina berkata, sehingga kini belum ada mereka yang didakwa berkaitan isu itu walaupun ia termaktub dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792). Maka, beliau akan membawa perkara ini untuk diteliti dan diperbincangkan dengan pihak polis dan mahkamah supaya perkara yang termaktub dalam undang-undang itu dapat dikuatkuasakan. Apa yang membimbangkan adalah, sikap orang-orang yang berhampiran yang tahu namun tidak mahu membuat laporan walaupun mendengar dan melihat perbuatan itu dengan alasan tidak mahu mencampuri urusan orang lain.
Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Akta Seksyen 19, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, sekiranya jiran atau guru mendiamkan diri dengan tidak melaporkan kejadian penderaan tersebut. Datuk Azalina berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Aplikasi eKLINIK 6G Jabatan Bantuan Guaman di Bahagian Hal Ehwal Undang-undang semalam. Turut sama berada di pelancaran program itu adalah Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Datuk Norazmi Mohd Narawi. Akta Seksyen 19 memperuntukkan hukuman kepada mana-mana orang yang tidak memberikan maklumat mengenai perlakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan kesalahan itu.
Didenda maksimum sebanyak RM5000 sekiranya disabitkan kesalahan kerana kegagalan melapor. Dengan akta yang telah tersedia, menghendakkan mana-mana orang yang mempunyai maklumat sedemikian, melaporkannya di balai polis berdekatan. Penderaan seksual kanak-kanak bukan hanya membabitkan mangsa dan pelaku kesalahan saja malah ia membabitkan kesedaran dan kepedulian masyarakat. Penderaan seksual kanak-kanak, ini adalah tanggungjawab bersama semua orang dalam komuniti bukan hanya isu keluarga saja.
“Saya mahu melihat jauh ke hadapan dalam isu ini dan sedang meneliti perkara ini dengan melihat kepada laporan mengenainya, kita nak tahu adakah jiran, guru atau ahli keluarga sedar akan tanggungjawab mereka untuk melaporkannya,” katanya. Datuk Azalina sememangnya memandang serius mengenai perkara ini dan sedang meneliti perkara ini dengan melihat kepada laporan mengenainya, kita nak tahu adakah jiran, guru atau ahli keluarga sedar akan tanggungjawab mereka untuk melaporkannya,” katanya. Beberapa seksyen dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 masih tidak dikuatkuasakan sepenuhnya. Perkara itu antara inti pati utama dalam perjumpaan beliau dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) dan mahkamah, esok.
Azalina mengucapkan penghargaan kepada Jabatan Bantuan Guaman yang cemerlang memberikan perkhidmatan kepada kanak-kanak mangsa penderaan seksual dan mahu perkhidmatan seperti ini diteruskan dengan menjadi pendamping kepada kanak-kanak malang ini dan jadikan ia sebagai satu tugas yang utama dan jabatan itu akan terus diperkasakan.
#PrezCom