Kuala Lumpur, 23 Oktober 2023, 9.00 malam – PENGURUS N.A.J. Press Resources (M) Sdn Bhd, Hussin Jan, menyatakan rasa geram melihat PAS dan sikap kepimpinannya yang didakwa ‘bermewah-mewah’ namun gagal mengambil tanggungjawab untuk membayar hutang Harakah. Bekas syarikat pencetaknya sekali lagi membangkitkan kegagalan parti itu dalam melunaskan hutang yang tertunggak selepas hampir empat tahun laporan Malaysiakini berhubung hutang mencetak lidah rasmi PAS iaitu Harakah.

Menurut Hussin Jan, Mereka pakai kereta mewah, boleh buat Muktamar di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam dengan bayaran sudah tentu mencecah puluhan ribu ringgit. Tetapi soal hutang mereka kurang perhatin untuk diselesaikan. Adakah mereka lupa? Hussin Jan berkata. Hutang tertunggak tak dibayar sepenuhnya. Sudah hampir 7 tahun. katanya kepada Malaysiakini. Satu masa yang agak panjang .

Sekitar Ogos 2019 Malaysiakini pernah melaporkan isu hutang membabitkan Harakah dan pencetak berkenaan. Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd (Angkatan Edaran) dan N.A.J. Press Resources (M) Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ini merupakan tempat dimana pencetakan Harakah berhutang. Selepas Angkatan Edaran sudah muflis, N.A.J. Press Resources (M) Sdn Bhd menjadi pengganti dan terus mencetak Harakah pada ketika itu.

Hutang Harakah dengan Angkatan Edaran yang telah muflis itu lebih banyak hingga mencecah nilai jutaan ringgit dan jumlah hutang kepada N.A.J. Resources hanya lebih RM600,000. Angkatan Edaran menanggung beban hutang dengan pembekal kerana Harakah tidak mahu menjelaskan hutangnya. Alasan yang diberi oleh Harakah dan Pas adalah syarikat itu telah pun gulung tikar.

Hussin berkata, syarikatnya memerlukan pusingan modal bagi meneruskan operasi sebagai modal pusingan. Sumber kewangan amat penting bagi mendapatkan bekalan memandangkan ekonomi negara yang amat meruncing ini. Hussain mungkin bermaksud barangan pencetakan sudah pun naik harga berikutan kenaikan harga barangan asas dan barangan lain.

“Pemimpin PAS kononnya mengaku mengikut al-Quran, hadis, ijma’ ulama sebagai panduan, tetapi sebaliknya menggunakan hukum sekular dan ketepikan hukum Islam kerana enggan bayar hutang,” bidasnya. Putra Taulan Rasul iaitu peguam mewakili N.A.J. Resources berkata, pihaknya sudah mengemukakan tuntutan terhadap PAS, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hsaan dan penerbit Harakah iaitu Galeri Media Serbanika Sdn Bhd.

Sementara itu, pihak N.A.J. Press Resources (M) Sdn Bhd melalui peguamnya, sudah memfailkan permohonan kepada Mahkamah untuk menuntut bayaran hutang dari PAS dan Harakah. Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini sedang menghubungi pihak PAS dan Harakah bagi mendapatkan respon mereka.

#PrezCom