
Kuala Lumpur, 23 Oktober 2023, 13:57 – KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata modus operandi pengubahan wang haram kini menjadi semakin hebat, selari dengan perkembangan semasa dunia. Diantara taktik yang dikesan adalah dengan menderma kepada badan amal, sembunyi kekayaan atas nama proksi serta pembiayaan politik. Ini merupakan modus operadi terbaru yang dikesan membabitkan jumlah kewangan yang amat besar dan digunakan untuk menjana jumlah kekayaan serta pendapatan yang lebih tinggi dan jenayah pengubahan wang haram ini semakin aktif berlaku di negara ini.
Tan Sri Azam Baki berkata, pengubahan wang haram kini menjadi semakin hebat, selari dengan perkembangan semasa dunia. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi cara yang dicipta oleh pengubah wang haram untuk menjana kekayaaan dan menyembunyikan wang-wang tersebut supaya modus operandi mereka tidak dapat dikesan dengan mudah. Mereka beroperasi secara sindiket melalui syarikat berdaftar atas nama proksi bagi tujuan penyembunyian.
Menderma kepada badan amal kebajikan atau sebagai bayaran untuk perkhidmatan sah yang diberikan atau untuk tujuan pembiayaan politik dan dilakukan melalui urus niaga kewangan yang kelihatan sah manakala keuntungannya dibelanjakan atau digunakan untuk menjana lebih banyak pendapatan. Kini terdapat cara baru iaitu menggunakan mata wang kripto, perdagangan bawah tanah, institusi kewangan rentas sempadan serta perkhidmatan kewangan luar pesisir. Usaha membawa balik wang oleh agensi penguat kuasa negara menjadi lebih kompleks dan mencabar.
Hanya dengan strategi penelitian pengisytiharan aset dan kekayaan pihak tertentu, maka dapatlah SPRM mengesan sama ada ianya datang dalam bentuk pengubahan wang haram secara sah dan tidak melanggar undang-undang. Penelitian menyeluruh terhadap pengisytiharan aset dan kekayaan yang secara tidak sengaja mewujudkan persekitaran lebih telus yang tidak menggalakkan amalan rasuah.
Teknik risikan dan analisis berdasarkan data turut membantu dalam penyiasatan SPRM membanteras jenayah pengubahan wang haram. Ia merupakan satu pendekatan yang berkesan. Antara sumber data utama adalah daripada institusi pelapor seperti dinyatakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Ini membolehkan SPRM menyelidik kes yang rumit dengan lebih mendalam, mendedahkan rangkaian tersembunyi dan rumit. Mereka yang terbabit dalam aktiviti rasuah, akan mudah dikenali dengan menggunakan alat dan metodologi termaju. Dengan adanya alat tersebut, ia mampu mengumpul bukti dengan cekap dan membina kes yang kukuh terhadap perasuah.
#PrezCom