
Kuala Lumpur, 21 Oktober 2023, 10.30 pagi – MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, meminta Ahli Parlimen Jelutong, iaitu YB Rayers untuk mengemukakan bukti bahawa beliau mencaci Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa. Sanusi mencabar Ahli Parlimen Jelutong itu untuk mengemukakan bukti sambil menyifatkan tuduhan dilemparkan oleh Rayer itu sebagai tidak berasas. Sanusi berkata Rayers mengeluarkan kenyataan itu di Parlimen dan memberi amaran supaya ahli Parlimen itu tidak lagi ‘menyalak’ tanpa bukti.
Sanusi meminta supaya Rayers menyatakan dimana beliau mengeluarkan kata-kata cacian terhadap Perdana Menteri dan apakah perkataan cacian yang beliau lemparkan kepada individu tersebut. Sanusi membuat cabaran kepada Rayers di dalam program 4 Menteri Besar Semperna Muktamar Tahunan PAS malam tadi. Turut hadir di dalam program tersebut adalah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Sanusi menyentuh mengenai pemberian peruntukan dari kerajaan pusat supaya lebih adil kepada negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang. Menurut Sanusi parti apa pun yang jadi kerajaan parti politik sebenar mereka akan hilang kerana mereka sudah jadi kerajaan yang memerintah. Jadi mereka adalah kerajaan untuk semua.
Sanusi berkata lagi, parti yang menjadi kerajaan tidak boleh memilih bulu. Sanusi mengulas bahawa, 74 Ahli Parlimen tidak mendapat peruntukan. Sanusi dipetik sebagai berkata, 74 Ahli Parlimen tersebut bukan sebahagian daripada mereka ( kerajaan perpaduan) Jadi tidak layak untuk mendapat peruntukan? Itu satu diskriminasi. Perbuatan itu yang pertama adalah salah, dan yang kedua adalah berdosa. Katanya lagi.
Ada rakyat yang mengundi di kawasan Perikatan Nasional (PN) tidak dapat sebarang peruntukan serta kebanyakan mereka mendoakan supaya tuhan membalas kezaliman itu. Sanusi berkata, ‘satu hari nanti mereka akan kena’. kerajaan ini akan jatuh. ‘Kita harap begitulah, kita akan terus doa supaya kucar kacir antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional(BN) akan berlarutan dan kerajaan nanti akan beralih (bertukar)’. Tambah Sanusi lagi.
Menurut Sanusi lagi, di Kedah dan Perlis, kerajaan yang memerintah menyalurkan peruntukan kepada pembangkang, ini baru ‘gentleman’. Harap kerajaan persekutuan ni gentleman la macam kita ni, ini baru betul cara orang main politik bukan bacul macam hangpa,” katanya.
#PrezCom