Kuala Lumpur, 17 Oktober 2023, 18:25 – KEGANASAN membabi buta yang telah mengkhuatirkan oleh Israel terhadap tindakannya mengebom Hospital al-Ahli Al-Arabi, Gaza telah mencetus pelbagai reaksi daripada banyak pihak termasuklah Malaysia. Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk serangan tersebut serta menyifatkannya sebagai tindakan ‘kegilaan’ dan pelanggaran besar terhadap hak kemanusiaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut menyuarakan kecaman kuat terhadap serangan itu dan menegaskan keperluan segera untuk gencatan senjata demi meredakan keganasan yang terus meningkat. Beliau menekankan bahawa ketidak-patuhan berterusan akan menjejaskan terutamanya golongan wanita, kanak-kanak, dan pesakit. Selain itu, ini telah mencecah ke tahap ketidakperikemanusiaan yang tidak boleh ditoleransi lagi.

Beliau juga menyuarakan kekecewaannya terhadap negara-negara Barat yang berwatak dua muka terhadap krisis di Palestin. Beliau mengkritik penjelasan hak asasi manusia yang tidak saksama oleh beberapa negara Barat, menyatakan, ada yang dalam kategori ‘Kelas 1’ manakala yang lain diperlakukan sebagai ‘hamba’. Ketidaksetaraan dalam menangani krisis di Gaza terus menjadi titik pertikaian bagi Malaysia.

Turut mengumumkan bahawa beliau akan menghadiri Sidang Tetap Persidangan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Asean di Riyadh, Arab Saudi, di mana beliau bercadang untuk terlibat dalam perbincangan dengan pemimpin dunia berkenaan konflik Israel-Palestin. Keselamatan pasukan Malaysia yang berkhidmat sebagai penjaga perdamaian di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan juga akan dibincangkan. Anwar menjelaskan bahawa keputusan untuk menarik balik atau terus berkhidmat di Lubnan akan dibuat secara bersekutu, dengan mempertimbangkan keadaan keselamatan.

Serangan udara ke atas Hospital al-Ahli Al-Arabi di Gaza telah mengakibatkan kehilangan lebih daripada 500 nyawa. Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf al-Qudra, mengesahkannya sebagai serangan paling mematikan oleh tentera Israel dalam masa sehari sejak 2008. Turut dikongsikan beberapa rakaman yang menunjukkan situasi tapak hospital yang dipenuhi dengan mangsa termasuklah pesakit, pekerja kesihatan, dan ahli keluarga yang terpisah sedang mencari perlindungan.

Sementara itu, ketegangan semakin meningkat di sempadan Israel dengan Lubnan yang menimbulkan kebimbangan mengenai penyebaran konflik tersebut. Keputusan Israel untuk mengungsikan komuniti berdekatan sempadan Lubnan turut menunjukkan bahawa keadaan di rantau tersebut semakin tidak stabil.

Pada masa yang sama juga, masyarakat antarabangsa turut telah memberi reaksi yang kuat terhadap serangan hospital di Gaza. Kesatuan Afrika, Kesatuan Eropah, Perancis, Hizbullah, Jordan, Qatar, Tunisia, Turki, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia semuanya telah menyuarakan kecaman dan menyeru tindakan segera untuk melindungi sivil dan menegakkan undang-undang antarabangsa terhadap keganasan yang semakin menjadi-jadi oleh Zionis Israel tersebut.

Dunia menyaksikan konflik Palestin-Israel dengan kebimbangan tinggi yang menyayat hati, seruan Malaysia terhadap mempercepat gencatan senjata mengharapkan agar penyelesaian kepada kekacauan dan penderitaan masyarakat di Timur Tengah itu. Sementara, respon global keseluruhannya menjurus kepada penekanan keperluan mendesak untuk menangani situasi di Palestin dan mengakhiri keganasan tersebut.

#PrezCom