Kuala Lumpur, 8 Oktober 2023, 14:37 – KEMENTERIAN Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) telah membentangkan laporan status pemeriksaan keselamatan lapan (8) daripada 41 empangan berisiko oleh Pasukan Flying Squad.

Antara empangan-empangan yang telah diperiksa termasuk Empangan Muda dan Ahning di Kedah, Empangan Jor dan Mahang di Perak, Empangan Sultan Abu Bakar di Pahang, Empangan Babagon di Sabah, Empangan Bakun di Sarawak dan Empangan Kenyir di Terengganu. Pemeriksaan ke atas empangan-empangan ini dilakukan di antara tahun 2021 dan 2022.

Hasil pemeriksaan menemukan pembentukan enapan yang tinggi di kolam takungan, kerosakan peralatan instrumentasi dan kawalan air, tirisan (seepage), kerosakan integriti struktur konkrit, hakisan tanah dan kesan runtuhan. Kerosakan ini boleh mendatangkan ancaman keselamatan kepada penduduk dan harta benda sekiranya berlaku kegagalan.

Oleh itu, NRECC memberi perhatian yang serius akan risiko kegagalan struktur empangan seperti yang terjadi di Libya baru-baru ini. Malah, Empangan Chereh di Pahang dan Empangan Kenyir di Terengganu turut mengalami kerosakan yang agak teruk dan perlu dipulihkan segera.

Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan (8) empangan tersebut dianggarkan sebanyak RM135,820,000 dan pemilik empangan perlu menyediakan peruntukan khas bagi penyelenggaraan.

Namun demikian, sebagai langkah interim, sekiranya terdapat keperluan mendesak, Kerajaan Persekutuan bersedia menimbang untuk menyediakan sokongan kewangan kepada pemilik empangan yang tidak mempunyai sumber kewangan.

NRECC bercadang untuk meneruskan fungsi Flying Squad untuk membuat pemeriksaan ke atas empangan-empangan lain terutamanya yang berusia lebih daripada 50 tahun. Struktur dan tanggungjawab Flying Squad juga akan diperkukuhkan kepada struktur tetap yang dikenali sebagai Dam Technical Centre (DTC).

Pasukan Flying Squad merupakan struktur ad-hoc yang diselaraskan oleh Bahagian Bekalan Air (BBA), NRECC dengan keahlian terdiri daripada pakar pelbagai jabatan teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta pihak swasta.

Pemeriksaan empangan oleh Flying Squad menggunapakai garis panduan pemeriksaan keselamatan empangan yang dibangunkan oleh JPS iaitu Malaysia Dam Safety Management Guidelines (MyDAMS).

#PrezCom