
Kuala Lumpur, 30 September 2023, 08:45 – PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyedari akan rungutan daripada rakyat tentang kenaikan harga beberapa barangan asas dan beliau juga menyedari akan keresahan rakyat berhubung kenaikan barangan asas tersebut dimana ia memberi kesan yang mendalam terhadap perbelanjaan dan kos sara hidup rakyat. Namun, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) sedia menampung dan meneruskan bantuan tambahan bagi mengimbangi kesan kenaikannya tersebut.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas, YB Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh diminta untuk memberi perhatian terhadap perkara yang berbangkit ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) bagi memberi perhatian dan cuba untuk mengatasi masalah ini. Beliau juga mengakui tentang kewujudan masalah dari segi harga dan kekurangan barangan asas di pasaran.
Ahmad Zahid berkata lagi negara kita sudah cukup resah dengan keadaan tidak menentu dengan berbagai kenaikan dan kekurangan sebagai contoh kekurangan beras dan peningkatan cukai eksport seperti bawang dan lain-lain. Ahmad Zahid berkata kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk tangani masalah ini dan akan dibantu oleh Kementerian Kewangan. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis sambutan ulang tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH) di sini hari ini. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Azman Mokhtar.
#PrezCom