
Kuala Lumpur, 28 September 2023, 11:37 – PERSATUAN Wartawan Malaysia (PWM), bakal direalisasikan penubuhannya oleh Ikatan Setiawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) tidak lama lagi. ISWAMI berhasrat untuk menjadi tunjang peneraju penubuhan persatuan tersebut dan sedang dalam usaha untuk melaksanakannya. PWM ialah satu badan yang dicadangkan untuk ditubuh bagi menjaga, melindungi dan memartabatkan profesionalisma kewartawanan di Malaysia.
Memetik kenyataan Presiden ISWAMI, Datuk Mokhtar Hussain berkata, “Jadi ada perkara-perkara yang banyak kita di Malaysia boleh pelajari terutama kita pun juga sekarang dalam langkah untuk mewujudkan persatuan induk di Malaysia iaitu Persatuan Wartawan Malaysia. Jadi insya-Allah apa yang kita dapat lihat berlakunya di Indonesia ini, banyak pengalaman, kita akan gunakan untuk kita mengukuhkan kita punya dunia kewartananan kita di Malaysia. Insya-Allah,” katanya di Youtube Draz Visual.
Sehubungan dengan itu, sokongan yang baik turut ditunjukkan oleh Ahli Kehormat Persatuan Wartawan Indonesia (PWI), Ilham Bintang. Beliau berkata, Dalam satu petikan dari akhbar BERNAMA, beliau berkata, “Saya berharap, momentum yang digunakan untuk merayakan Hari Wartawan Nasional di Malaysia itu bisa memicu para wartawan untuk segera menubuhkan persatuan wartawan Malaysia, PWM, sehingga koordinasi wartawan itu untuk bisa memberi kontribusi besar kepada negeri dan kepada bangsa Melayu misalnya, kepada bangsa Malaysia, untuk lebih konkrit kerana ada orang yang, pertama, ada lembaga yang mengurusi kode etik jurnalistiknya, ada lembaga yang mengurusi pentaatan kepada kode etik itu. Itu gunanya organisasi,”
Terdahulu, cadangan penubuhan PWM ini telah diumumkan secara rasmi oleh Presiden Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA), Sariha Mohd Ali pada Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di Melaka tahun lalu. Memetik ucapannya daripada Berita Harian Online, beliau berkata, “Sudah tiba masa semua pengamal media diletakkan di bawah satu persatuan yang dapat menjaga kepentingan dan kebajikan ahlinya. Apabila direalisasikan kelak, kerjaya kewartawanan akan membawa dimensi baharu sejajar perubahan negara ke arah Industri Revolusi 4 (IR4.0).”
Sebelum itu, ISWAMI Malaysia telah pun memenuhi jemputan menghadiri Kongres PWI ke-25 di Bandung selama dua hari bermula pada 25 September yang lalu. ISWAMI juga turut diberi penghormatan untuk bertemu Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di majlis perasmian kongres tersebut di Istana Negara Jakarta serta turut ditawarkan untuk merasai pengalaman menaiki keretapi laju dari Jakarta ke Bandung.
#PrezCom