
Kuala Lumpur, 25 September 2023, 10.00 pagi – Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How, telah dipanggil oleh pihak Polis berhubung tafsiran Al-quran yang dipercayai dilakukan oleh dirinya sendiri di dalam Ti Tok dengan menafsirkan potongan ayat surah an-Nisa untuk menggesa umat Islam bagi menyokong Kerajaan Perpaduan. Howard telah dipanggil untuk memberi keterangan pada hari Selasa ini berhubung isu tafsiran tersebut yang dianggap oleh beberapa pihak menghina Islam kerana membuat tafsiran sendiri terhadap ayat Al-Quran. Lee berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada polis namun enggan mengulas lanjut.
Pada hari Jumaat lepas bertarikh 22 September 2023, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya akan merekod keterangan Lee dalam masa terdekat dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas JSJ Bukit Aman. Laporan pertama kes tersebut telah dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.
Badan bukan kerajaan ( NGO) iaitu Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) Perak merupakan pihak yang pertama membuat laporan polis mengenai isu tersebut iaitu pada hari Khamis lepas. Menurut Presiden Jabat Perak Amiruddin Mohd Daud, laporan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan diambil terhadap Lee yang dianggap menghina Islam kerana membuat tafsiran sendiri ayat al-Quran sekali gus menyentuh isu 3R iaitu agama, raja dan kaum.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Umno iaitu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Howard tak perlu ulang perbuatan memetik ayat al-Quran lagi bagi mengelakkan fitnah hingga mencetuskan polimik yang tiada berkesudahan. Asyraf menasihati Howard agar tidak merujuk ayat-ayat Al-Quran dalam memberikan pandangannya berhubung hal-hal politik walau pun perkara tersebut pernah dihalalkan perbuatannya oleh parti Pas suatu ketika dahulu sewaktu mereka bersama didalam satu komponen parti di bawah Pakatan Harapan (PH). Pada masa yang sama Asyraf mengucapkan terima kasih kepada Howard kerana menerima pandangan dan tegurannya secara positif. Asyraf mengatakan perkara tersebut di dalam facebook miliknya pada hari Ahad yang lepas.
#PrezCom