Kuala Lumpur, 10 September 2023 08:43 malam.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia Muda (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum ini menggelar Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai ‘Lapdog’ kepada Zahid Hamidi terbaru mengumumkan keputusan keluar dari Kerajaan Perpaduan dan akan duduk di blok Pembangkang. Syed Saddiq juga memberitahu bahawa perkara itu telah dimaklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul.

Syed Saddiq memberitahu keputusan itu dibuat kerana beberapa keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah bertentangan prinsip kedaulatan undang-undang dan ini termasuklah keputusan peguam negara menggugurkan 47 kes rasuah terhadap Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid bin Hamidi tanpa penjelasan yang meyakinkan.

Menyelar tindakan Syed Saddiq ini, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Anthony Loke berkata, ” “Saya perlu ingatkan Syed Saddiq bahawa dia menang (Muar) pada PRU15 adalah atas persefahaman dengan parti Pakatan Harapan. Dia tidak memenangi kerusi Muar atas meritnya sendiri. DAP berkempen untuknya”

#PrezCom