Kuala Lumpur, 10 September 2023 , 12.24 tengahari.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Abdul Rahman Amir iaitu anak sulung kepada pasangan Allahyarhamah Noorahimah Noor Muhamad, 43 tahun dan Allahyarham Amir Ruddin Ismail 46 tahun yang telah terkorban bersama empat lagi anak mereka .

“Saya mohon teman-teman untuk turut bantu dan mendoakan buat Abdul Rahman agar kekal kuat, semangat dan tabah menghadapi ujian . “Semoga ahli keluarganya dikurniakan keampunan dan diberi tempat yang istimewa di sisinya,” Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam catatannya.

Kemalangan pada 1 September 2023 yang lalu, berlaku di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan telah mengorbankan ibu dan bapa Abdul Rahman. Turut maut empat lagi adik-beradiknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, akibat dari Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan lori. Seorang lagi adik Abdul Rahman yang terselamat di dalam kemalangan tersebut adalah Abdullah Amir Ruddin, 15 tahun telah di tidurkan sejurus selepas pembedahan. Pada waktu kejadian kira-kira pada pukul 06:36 petang apabila sebuah lori yang membawa muatan pasir telah gagal membrek dan hilang kawalan lalu melanggar Honda HRV dari arah belakang dan kemudian memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta Perodua Alza yang dinaiki mangsa (keluarga Abdul Rahman Amir).

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti bantuan seterusnya yang akan diberikan kepada dua waris enam beranak yang maut di Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lalu.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata setakat ini pihaknya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah memberi bantuan kecemasan dan kaunseling kepada waris terbabit.
Sementara itu, Kerajaan Negeri Johor juga bersedia untuk membantu Abdul Rahman dan adik lelakinya yang sedang di rawat di rumah sakit waktu ini.

Pada 2 September 2023, Abdul Rahman telah dikunjungi oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor iaitu Mohd Fared Mohd Khalid dan Pegawai Daerah Muar, Hasrin Kamal Hashim serta Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Balang iaitu YB Selamat Takim. Mohd Fared berkata, pihaknya akan mengusahakan bantuan jika ada. Pada masa yang sama beliau menyerahkan sumbangan dan turut berkongsi perasaan sedih bersama Abdul Rahman di atas apa yang telah menimpa keluarganya. Mohd Fared menyatakan ini didalam laman facebook miliknya .

#PrezCom