Coway EC Team Signing Ceremony

 

Kuala Lumpur, 7 September 2023, 7.30 pm.

EC Team terus mengorak langkah ke aras yang lebih tinggi dengan menganjurkan program transformasi perniagaan melalui kolaborasi strategik dengan syarikat Stuck.My iaitu sebuah entiti bisnes dibawah syarikat Arrange Group Sdn Bhd. Melalui program yang diberi nama TEKAD (Transformation Excellence through Knowledge, Action, and Desire), EC Team akan menjalani beberapa siri latihan yang akan berlangsung selama 6 bulan.

TEKAD adalah sebuah program yang direka khas kepada EC Team untuk menambahbaik dan mengemaskini struktur perniagaan, aktiviti jualan, prosedur operasi standard dan pemerolehan bakat. Pengurus Besar EC Team, Sabky Mat Latif berkata program TEKAD adalah satu inisiatif agensi untuk menjadikan EC Team sebagai salah satu agensi yang terbaik di dalam Coway Malaysia. 

“Kami berharap dengan penganjuran program seumpama ini akan memberikan impak positif dan perspektif baharu mengenai perniagaan jualan lansung kepada semua ejen yang bernaung di bawah EC Team. Selain dari menambahbaik struktur perniagaan, TEKAD juga bertujuan mewujudkan proses kerja yang lebih sistematik kepada semua komponen perniagaan di dalam EC Team.”

Sabky percaya bahawa momentum dari program TEKAD ini akan berterusan tanpa henti kerana ia disokong oleh kaedah pengurusan perniagaan yang mampan seperti Design Thinking, Analytical Thinking, dan aplikasi teknologi. 

Sementara itu, perunding perniagaan stuck.my, Ts. Megat Zainurul Megat Johari berkata, kerjasama ini akan membawa EC Team ke aras baharu yang lebih tinggi melalui sistem pengurusan effektif dan prosedur perniagaan yang sistematik. 

Ini kerana kaedah Design Thinking dan Analytical Thinking akan digunapakai di dalam perlaksanaan pembangunan pelan strategik syarikat EC Team kerana kaedah tersebut mengambilkira aspek kemanusiaan, lebih unik, bertepatan dan lebih berkesan di dalam membangunkan inovasi dan penyelesaian masalah terutamanya industri yang berasaskan barangan dan perkhidmatan seperti Coway.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat program pada majlis menandatangani memorandum persefaham (MoU) antara EC Team dan Stuck.my di Coway Experience Centre hari ini.

Tahun lalu, Sabky melalui agensinya EC Team telah dianugerahi Yearly Best Performance GM, iaitu penganugerahan tertinggi  oleh Coway Malaysia di atas usaha dan pencapaian beliau menerajui EC Team mencapai jualan tertinggi pada tahun 2022. Pada tahun ini, beliau berazam mengekalkan rekod pencapaian tersebut untuk terus unggul sebagai agensi nombor satu Coway Malaysia.

Turut hadir semasa majlis ini ialah Kathirvelan Ramakrishnan yang merupakan kaum berbangsa India yang pertama di Asia Pasifik menjawat jawatan Pengurus Besar di Coway Malaysia. Kathirvelan berjaya menyandang jawatan tersebut setelah usaha keras beliau bersama EC Team.

#PrezCom