
Kuala Lumpur, 6 September 2023, 8.03 pagi.
Sepasukan anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting telah dikerahkan ke Kampung Pasir Banting Selangor setelah menerima panggilan berhubung kejadian seorang wanita dipercayai telah dirasuk ketika mendaki di Bukit Jugra Trail di Kampung tersebut. Menurut Pusat Gerakan Operasi ( PGO ) Bomba Selangor, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 12.24 tengah hari semalam.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan, terdapat seorang wanita berusia 20-an disyaki dirasuk ketika mendaki dalam jarak 3 kilometer dari tempat kejadian. Walau Bagaimana pun wanita tersebut didapati tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada didalam keadaan selamat. Wanita tersebut telah dibawa turun oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan pengusung.
Siasatan mendapati wanita itu mendaki bukit tersebut bersama lima ahli keluarganya. Selepas mendaki sejauh tiga kilometer (km), mangsa dipercayai dirasuk makhluk halus,” katanya ketika dihubungi semalam. Menurut Ahmad Mukhlis lagi operasi memakan masa selama sejam dan mangsa diserahkan kepada keluarga bagi tindakan selanjutnya.
Kami difahamkan bahawa ini bukanlah kes pertama yang berlaku di lokasi tersebut. Pada 8 Julai 2023 yang lalu, seorang wanita berusia 30-an pengsan ketika melakukan aktiviti pendakian bersama sekumpulan rakannya di Bukit Jugra Itu. Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada jam 7.58 pagi pada hari Sabtu. Ketika bomba tiba di lokasi, mangsa didapati dalam keadaan sedar dan mengalami keletihan. mangsa telah diberikan rawatan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.
Pada 8 April 2022, seorang lelaki telah tersesat ketika mendaki Bukit Jugra . Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 4.33 petang. Laporan awal memaklumkan mangsa lelaki tempatan berusia 52 tahun itu telah tersesat dan terpisah dengan isterinya ketika mendaki bukit terbabit.
#PrezCom