
Kuala Lumpur, 2 September 2023 ,9.10 pagi.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Ahmad Nazlan Idris yang telah melepaskan jawatan berkenaan pada 20 Dis 2022. Ketika ini Acryl Sani juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Dagang NeXchange Bhd.
Ketika berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, Acryl Sani yang menjadi Ketua Polis Negara ke-13 bermula 4 Mei 2021 hingga 22 Jun 2023 pernah memegang pelbagai jawatan lain antaranya Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (2018-2020), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (2017), Ketua Polis Perak pada 2013 dan Pesuruhjaya Polis Sarawak (2011-2013). Beliau adalah pemegang Sarjana Sains (Pengurusan) Universiti Utara Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia.
PUNB yakin dapat bekerjasama rapat dengan Acryl Sani dan memanfaatkan pengalaman luas serta pandangan strategik beliau dalam pembangunan usahawan bumiputera di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kami warga Prezcom mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani di atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) yang baru.
Selamat menjalankan tugas di PUNB. Semoga dengan pelantikan ini, PUNB akan lebih berjaya di masa akan datang.
#Prezcom