Kuala Lumpur,29 Ogos 2023, 07.15am. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman. Setiausaha politik Tan Sri Abdul Hadi Awang iaitu YB Tuan Haji Mohd Syahir Bin Che Sulaiman memaklumkan pihaknya dihubungi Bukit Aman untuk mendapatkan keterangan daripada Abdul Hadi berhubung laporan polis membabitkan ucapannya dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) di Simpang Jeram, Johor. Syahir menjelaskan, Abdul Hadi menaruh kepercayaan penuh terhadap profesionalisme PDRM dan SKMM dalam menjalankan tugas dan siasatan.

Menurut Syahir lagi, Tan Sri Tuan Guru (Abdul Hadi), dan beliau sendiri menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Bukit Aman mengenai siasatan tersebut. Kerjasama telah pun diberikan sebelum inii oleh Tan Sri Abdul Hadi dengan menyerahkan peranti (telefon bimbit) milik pengendali akaun Facebook rasmi beliau (setiausaha akhbar) kepada pihak Bukit Aman dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), bagi membantu siasatan,” katanya.

Tan Sri Abdul Hadi dipanggil oleh pihak polis susulan ucapan yang dibuat dalam ceramah Perdana parti PERIKATAN NASIONAL (PN) Negeri Johor di Markas PAS Kawasan Bakri, di Muar Johor pada malam Sabtu lalu iaitu pada tarikh 26 Ogos 2023. Dalam ceramah itu Anggota Parlimen Marang itu dilapor menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dengan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai dengan ajaran Islam dan menegaskan juga bahawa undang-undang Islam dilaksanakan untuk mendidik bukan untuk menyeksa.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duannya. Polis Kontinjen Johor menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh isu 3R (agama, raja dan kaum) demi menjaga dan mengekalkan ketenteraman awam.

Dalam satu pertikan akhbar pada tarikh 4 Sept 2022, Tan Sri Abdul Hadi di katakan telah mengeluarkan kenyataan mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera sebagai kumpulan majoriti perosak politik dan ekonomi negara telah disiasat mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum. Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 11 Julai 2023, kerajaan memberi amaran terakhir pada mana-mana pihak yang memainkan sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum) sehingga melanggar undang-undang dan mencabar perlembagaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu mengatasi kepentingan mana-mana pihak dan melibatkan soal keselamatan negara. “Ini mengatasi kepentingan kerana orang-orang tertentu merasakan kedudukan mereka terlalu tinggi dan hebat, tidak mungkin terdakwa atau tercabar. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan berhubung tindakan pihak-pihak tertentu yang mengeluarkan kenyataan menyentuh isu 3R.

#PrezCom