Kuala Lumpur, 28 Ogos 2023, 01.04 pagi. Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar, telah membuat kajian dan temu bual bersama penjawat awam yang ditemui di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan yang membabitkan pelbagai jabatan antaranya guru, polis, tentera serta pegawai pentadbir. Mereka menzahirkan dengan mendalam mengenai sentimen mereka terhadap kerajaan hari ini. Menurut Muhamad Hisommudin Bakar, dalam kalangan kira-kira 217 responden atau 90% masih cenderung menyokong Tan Sri Muhyuddin Yassin yang mengetuai parti PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos 2023 yang lalu. Kajian oleh badan penyelidikan lham Centre itu mendapati penjawat awam tidak menunjukkan sokongan kepada pentadbiran sekarang yang diterajui oleh Kerajaan Perpaduan.

Menurut Muhamad Hisommudin Bakar, “Saya sendiri menemubual 60 daripadanya, dan mereka mengakui selesa dengan kepimpinan Muhyiddin yang dilihat lebih membela Melayu serta Islam. “Penjawat awam berasa mereka diberi kepercayaan oleh kerajaan ketika itu, tanpa kontroversi dan tidak diganggu gugat dalam menjalankan tugas,” katanya kepada Berita Harian (BH) pada 5 Ogos 2023 yang lalu. Selain daripada itu beliau juga berpendapat parti mana pun yang menjadi kerajaan perlu mengambil tindakan tepat termasuk memfokuskan kebajikan penjawat awam, selain menunjukkan prestasi pentadbiran terbaik dan kepimpinan berintegriti serta bijaksana hingga memberikan keyakinan kepada semua lapisan masyarakat terutama kepada penjawat awam.

Kajian badan penyelidik itu juga mendapati penjawat awam masih ‘terperangkap’ dengan era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga dianggap mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu. Ini mungkin berdasarkan sudut pandang politik seseorang, namun, tidak kurang ada yang berfikiran mungkin ada kebenarannya bahawa cara pemerintahan kerajaan di era Tan Sri Mahyuddin lebih berkesan kepada penjawat awam. Adakah kerana cara pemerintahan di era PERIKATAN NASIONAL memperjuangkan nasib Melayu dan agama Islam? Memandangkan majoriti penjawat awam adalah daripada kalangan orang melayu? Adakah kerana di waktu era pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama dua puluh dua bulan (22) telah menamatkan beribu penjawat awam yang berstatus Pekerja Sambilan Harian (PSH) dan kontrak serta beberapa jabatan seperti Suruhan Jaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dibubarkan? Inikah yang dimaksudkan oleh Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar sebagai “Penjawat Awam Tersinggung“ dengan Kerajaan Perpaduan hari ini yang diterajui oleh PH, kerana di waktu PH memerintah penjawat awam begitu menderita terutama kepada mereka yang telah ditamatkan perkhidmatan tanpa alasan yang munasabah.

#PrezCom