
Kuala Lumpur,28 Ogos 2023, 10.20 am. Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah dan diskaun merupakan bentuk rasuah yang biasa kita dengar. Menjelang Hari Kemerdekaan yang akan kita sambut tidak lama lagi, Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib mengajak rakyat untuk bersama-sama merdekakan diri sendiri, keluarga dan masyarakat daripada perbuatan tidak bermoral tersebut. Merdeka sudah lama kita rasai, namun merdeka daripada rasuah belum lagi kita rasai sepenuhnya. Marilah rakyat Malaysia bangkit melawan, menolak dan bebaskan diri daripada rasuah,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat 25 Ogos 2023. individu yang terpalit dengan kes rasuah biasanya kelihatan seperti ‘biasa’, malah tiada rasa penyesalan. Kata beliau lagi.
Usaha untuk memerangi rasuah mesti melibatkan semua pihak. Ia menjadi tuntutan dan tanggungjawab semua lapisan masyarakat untuk merdeka kan negara daripada segala bentuk rasuah. Mengulas lanjut beliau berkata, meskipun sukar untuk merealisasikan hasrat itu namun usaha membasmi rasuah tidak boleh dihentikan. “Jika dahulu kita dijajah oleh bangsa asing, kini keadaan berbeza di mana masih ada lagi golongan yang dijajah oleh rasuah. “Jangan berhenti selagi usaha kita belum selesai. Marilah kita dari segenap masyarakat Malaysia hapuskan rasuah,”. Untuk itu, ambillah keazaman dan roh kemerdekaan ini untuk sama-sama membebaskan rasuah sehingga ke akar umbi. Budaya rasuah telah lama mencengkam dan seolah-olah menjadi duri dalam daging, Katanya.
Ketua Pasukan Rasuah Busters Perlis, Nor Halmey Hamdah berkata, kejayaan membersihkan negara daripada rasuah hanya akan dapat dicapai sekiranya mendapat sokongan semua pihak. Menurut beliau, rakyat Malaysia wajar menyokong penuh tindakan agresif Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usahanya membanteras segala ketirisan dan rasuah di negara ini. “Beri sokongan, dukungan dan peluang kepada beliau untuk buktikan kemampuan mengemudi negara dengan membersihkan negara daripada rasuah,”. “Rakyat tidak harus memenjarakan minda mereka dengan ketaasuban politik masing-masing, apabila sesuatu tindakan diambil hendak dikaitkan dengan musuh politik semuanya. Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bertindak adil dan tanpa memilih bulu. Katanya kepada Sinar Harian pada hari Khamis 24 Ogos 2023.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sering kali menegaskan keinginan nya untuk memerangi rasuah di negara ini. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu ditekankan semasa pertemuan dengan Ketua Jabatan dan Agensi Penguatkuasa berkaitan jenayah kewangan di Kementerian Kewangan, pada petang hari Rabu yang lepas. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nor Halmey Hamdah berkata, pendekatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan membawa laba kesejahteraan kepada rakyat, sekali gus mendorong pelbagai manfaat bakal dinikmati oleh negara kita kelak. Beliau yakin bila negara bersih, rakyat juga yang akan mendapat keuntungan, misalnya pelabur akan bertambah yakin untuk datang melabur di Malaysia.
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694) :
Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]
Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009]
Gagal Melapor :
Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah di bawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009
DENDA : Tidak lebih RM100,000
PENJARA : Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali
Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan di bawah Seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009
DENDA : Tidak lebih RM10,000
PENJARA : Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali
Anda Dilindungi:
Masyarakat tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rasuah. SPRM sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan PEMBERI MAKLUMAT adalah dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan.
PEMBERI MAKLUMAT adalah orang yang membuat pendedahan tentang jenayah rasuah berdasarkan pengetahuannya. Mereka dilindungi di bawah Seksyen 65 Akta SPRM 2009.
PEMBERI MAKLUMAT boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
PEMBERI MAKLUMAT yang menjadi SAKSI bagi sesuatu kes rasuah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.
Rasuah dapat merosakkan masa hadapan bangsa dan negara. Budaya rasuah dalam kalangan penjawat awam dianggap seperti satu kebiasaan dan sudah menjadi barah yang akan merosakkan institusi kerajaan secara perlahan. Sebagai manusia yang bijak, kita mesti berwaspada dalam menentukan cara kita meneruskan kehidupan.
#PrezCom