
Kuala Lumpur, 27 Ogos 2023, 11.45am. Dalam usaha mencari kelainan di dalam memasarkan produk, berbagai cara dilakukan oleh setiap pengusaha untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk mereka di mata masyarakat. Selain dari produk, lokasi juga memainkan peranan yang penting untuk pemasaran bagi meluaskan lagi pengetahuan tentang produk mereka kepada orang ramai. Majoriti pengusaha memilih lokasi konvensional seperti pusat membeli belah atau pasar raya besar sebagai ruang untuk promosikan perniagaan mereka tetapi berlainan pula dengan Encik Eddie Lim Peng Hun iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh Jom Cha Sdn Bhd, yang memilih lokasi Kawasan luar bandar iatu Kampung Jering di Sitiawan Perak. Keputusan ini dibuat bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee yang berasal dari Kampung Jering tersebut. Walaupun berhijrah ke bandar kerana menjalankan perniagaan, hubungan Loi dengan tempat kelahiran dan penduduk Kampung Jering tetap kukuh.
Selain dari Eddie Lim dan Loi Tuan Ee, turut menunjukkan minat untuk mempromosikan kedai Jom Cha ini adalah Datuk Koh Mi Keng. Beliau adalah sahabat karib zaman kanak-kanak Loi. “Sejarah dan keserasian kedua-dua sahabat karib itu telah membuka peluang untuk kerjasama eksklusif ini,” jelas Eddie. Datuk Koh Mi Keng merupakan pemilik stesen minyak Shell yang menjadi tempat mempromosikan “Teh Susu Jom Cha” ini. Datuk Koh mengimbas kembali persahabatan masa zaman kanak-kanak yang menjadi faktor penting kepada kerjasama dalam pembukaan premis tersebut. “Walaupun saya begitu fokus kepada syarikat di bandar, saya mencadangkan nilai simbolik persahabatan yang mendalam dalam penubuhan Jom Cha di kampung halaman kami, menyamainya dengan sumber air bersih”. Jelas beliau lagi.
Sejak diperkenalkan pada Ogos 2022 di pusat membeli belah 1 Utama di Kuala Lumpur, Jom Cha dengan cepat mendapat perhatian, hingga dapat melancarkan lebih dari 20 kedai flagship di seluruh negara dan mengukuhkan kedudukannya di sektor teh susu Malaysia. Pada asalnya Eddie Lim telah menyasarkan tempat yang menjadi tumpuan seperti tempat pejalan kaki,pusat membeli belah dan hub pelancungan sebagai tempat promosi tetapi kerana ingin menghormati dan menghargai persahabatan kedua-dua sahabat karib itu maka beliau pun bersetuju untuk membuka premis di stesen minyak Shell milik Datuk Koh. Datuk Koh yang memimpin pembukaan premis Jom Cha pertama di daerah Manjung dan juga inovator di sebalik kedai flagship di stesen minyak Shell di Malaysia, mendedahkan pengaruh sentimental yang beliau gunakan bersama Loi.
Teh Tarik Cha menonjolkan keunikan teh susu Jom Cha iaitu berbanding tanggapan umum bahawa teh susu kebanyakannya manis dan disukai oleh golongan muda. Jom Cha menawarkan varian dengan manis yang berkurangan kerana mengikut komposisi asal susu segarnya. Ini tidak hanya menonjolkan kekentalannya tetapi juga menawarkan pilihan minuman yang lebih sihat sesuai untuk semua golongan usia. Eddie menjelaskan lagi pemilihan lokasi premis Jom Cha Kampung Jering adalah strategik kerana terletak disepanjang Lebuh Raya Ipoh-Lumut. Pada pandangan Eddie kawasan tersebut berpotensi untuk dijadikan tempat rehat dan rawat untuk pelancung suatu hari nanti. ““Dengan jenama Jom Cha sebagai kehadiran tunggal di seluruh daerah Manjung, prospek Jom Cha ini akan lebih menyerlah,” katanya kepada akhbar Utusan.
Dari sudut pandangan lain, persahabatan juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Dari sebuah persahabatan yang kukuh, tertubuhnya satu perniagaan yang unik sebagai satu jalinan perhubungan yang tidak akan putus dan akan berkekalan hingga ke generasi akan datang. Satu kisah yang boleh dijadikan inspirasi kepada semua pembaca dan sebagai peringatan bahawa sebuah persahabatan itu harus di hormati dan dijadikan seperti keluarga untuk berkongsi saat suka dan duka.
#PrezCom