
Kuala Lumpur, 24 Ogos 2023, 02.00pm. Aktivis Arun Dorasamy mengajak masyarakat India supaya membuat protest dengan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 12 September 2023 ini. Ia adalah sebagai petanda bahawa masyarakat India tidak berpuas hati dengan kerajaan hari ini. katanya kepada Malaysiakini.
Arun Dorasamy berkata “Isunya ialah bagaimana perdana menteri boleh melakukan demikian,”. Perdana Menteri telah memulakan satu duluan yang baru bahawa sesiapa sahaja boleh menukar agama sesiapa sahaja termasuk penjawat awam, guru, pengetua, malah pelajar tua di sekolah dan kolej. “Sekurang-kurangnya sebelum ini ada satu ketetapan bahawa pengislaman dilakukan oleh imam atau oleh Jakim sahaja.”Tindakan Anwar jelas tidak menjaga sensitiviti dan sentimen Hindu dan kaum India di negara ini,” katanya.
Semalam, Arun dipanggil memberi keterangan oleh pihak polis berhubung klip video TikTok yang disiarkannya yang mempersoalkan tindakan Anwar membantu saudara baru dalam proses lafaz kalimah syahadah di Klang, baru-baru ini. Arun berkata bahawa dia membuat klip video di TikTok itu selepas tidak puas hati dengan tindakan Anwar selaku Perdana Menteri negara yang menurutnya perlu bebas daripada sebarang aktiviti agama.
Arun dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 10 pagi semalam dan disiasat kira-kira setengah jam hingga satu jam. Menurut peguamnya Rajesh Nagarajan Arun disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA). Arun berkata lagi bahawa beliau mulakan gerakan (protes) dengan menyeru pengundi India boikot PH-BN dalam PRK Pulai dan Simpang Jeram . Tetapi itu tidak bermakna beliau meminta pengundi India menyokong parti Perikatan Nasional
Selain dari Aktivis Arun Dorasamy, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dikritik oleh Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor(KLSCAH), beliau juga di kritik oleh Presiden Yayasan Hak Asasi Manusia Global (GHRF) S. Shashi Kumar dan Bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy. Presiden GHRF, Shashi Kumar berkata sebelum ini orang bukan Islam sering diminta menjaga sensitiviti orang Islam tetapi Anwar sendiri gagal mengambil kira sensitiviti orang bukan Islam. Manakala P.Ramasamy juga turut membidas Anwar. “Tak dapat dibayangkan Anwar mengislamkan seorang pemuda Hindu di sebuah masjid di Klang. Tiada perdana menteri lain yang melakukan perkara itu sebelum ini.“Kenapa perlu mengislamkan pemuda Hindu dan apakah keistimewaan penukaran agama ini untuk Anwar?” soalnya.
Persoalannya di sini, mengapakah Arun Dorasamy melibatkan Pilihan Raya Kecil yang bakal diadakan dengan kemarahannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai mengislamkan saudara baru ? Dimana sikap kecintaan beliau terhadap tanah air ? Sebagai seorang aktivis beliau sepatutnya sayangkan tanah air dengan meyerapkan nilai-nilai murni kepada masyarakat berbilang kaum dinegara ini. Jika beliau tidak puas hati dengan sesuatu perkara, seharusnya beliau mengajak untuk berbincang. Bukannya mengajak kaum tertentu untuk membuat boikot .
Dalam pada itu pihak Polis Diraja Malaysia telah mengesahkan menjalankan siasatan terhadap aktivis Arun Dorasamy berhubung kenyataannya mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengislamkan seorang saudara baharu, baru-baru ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, lelaki terbabit dipanggil memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman, semalam. “Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kes masih di peringkat siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini. Beliau menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga mengganggu proses siasatan dan menyebabkan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat.
#PrezCom