
Kuala Lumpur , 24 Ogos 2023, 10.03 am
Dalam acara Wacana Sinar siri ke-409 bertajuk “Pelan Berdamai: Realiti atau Mimpi Politik” yang di siarkan pada 22 Ogos 2023, Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, ketaksuban dan fanatik sesetengah penyokong parti Perikatan Nasional (PN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu didakwa menjadi antara faktor kekalahan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di negeri berkenaan. UMNO menginsafi dan menghormati mandat serta keputusan rakyat. Apa yang penting tanggungjawab kita bersama-sama memikirkan yang terbaik untuk negara.
Menurut Noor Azleen, walau bagaimana pun BN dan UMNO tidak akan berputus asa dan percaya di masa akan datang rakyat akan sedar bahawa pentingnya kemajuan dalam sesebuah negeri. Apa yang berlaku di Kedah , Kelantan dan Terengganu dimana beliau sendiri menyertai kempen pilihan raya di sana dan berdepan dengan satu situasi ketaksuban yang melampau dan fanatik. Ia menjadi satu fenomena yang mana tiada apa yang boleh mengubah persepsi dan keputusan penyokong tersebut meskipun untuk perubahan demi kebaikan rakyat negeri tersebut.
“Walau bagaimana kita cuba berkempen di Terengganu untuk atasi soal pengangguran dan mahu pastikan urus tadbir diuruskan orang yang betul, apabila berdepan dengan fenomena itu, pada pemerhatian saya memang tiada ada apa yang boleh dibuat dan akhirnya diterjemah dalam bentuk keputusan pilihan raya (kekalahan),” katanya. Beliau berkata demikian selaku panelis pada Wacana Sinar siri ke-409 bertajuk: Pelan Berdamai: Realiti atau Mimpi politik yang dihoskan oleh Ismail Adnan. Program itu turut menampilkan panel lain iaitu Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Rafiq Mohd Abdullah dan Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzri Helmi Azhar.
Mengenai pengangguran dan penghijrahan anak- anak Kelantan ke bandar-bandar besar pula, menurut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik penghijrahan rakyat Kelantan, terutama golongan muda ke negeri lain, adalah disebabkan sikap serta tradisi mereka yang suka merantau dan bukan disebabkan kekurangan pekerjaan di Kelantan. Beliau menjelaskan, peluang pekerjaan di negeri ini memang banyak dan mencukupi, namun sebahagian rakyat lebih cenderung untuk bekerja di ibu kota, selain ada segelintir bersikap memilih kerja. Selain itu, katanya, penghijrahan bukan saja berlaku di Kelantan tetapi juga seluruh dunia, justeru keadaan berkenaan tidak menggambarkan kegagalan kerajaan negeri dalam menyediakan peluang pekerjaan. “Sifat orang Kelantan, terutama anak muda, memang suka merantau sama ada untuk mencari kerja atau apa saja aktiviti. Itu tidak boleh dinafikan.
Menurut Datuk Mohd Amar dasar boleh berubah dan dasar itu berkemungkinan akan berubah pada masa depan, bergantung pada perubahan semasa atau keperluan. Masa Tok Guru (bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dulu, perempuan tidak boleh masuk bertanding musabaqah… (tetapi) selepas beberapa tahun, boleh pula. Tambah Mohd Amar lagi. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Dialog Kemakmuran Ekonomi dan Pembangunan Negeri Kelantan di Dewan Perniagaan Cina pada tarikh tersebut .
Walau apa pun keadaannya kita semua berharap akan ada perubahan yang baik dari semua aspek dari negeri-negeri yang di perintah oleh PAS dan PERIKATAN NASIONAL. Andainya saudara Noor Azleen berkata sikap pengikut-pengikut di ke tiga-tiga negeri tersebut terlalu taksub dan fanatik dan tidak boleh berubah, anggaplah ia satu cabaran dan dugaan untuk parti Barisan Nasional dan pada parti lain juga supaya berkerja keras untuk melakukan perubahan. Anak-anak muda Kelantan terlalu ramai yang berhijrah ke bandar besar. Tentu ada yang mereka perlukan di luar sana ?
#PrezCom