
Kuala Lumpur, 24 Ogos 2023 01.42am. Tular di media sosial sebuah video berdurasi 56 saat satu insiden yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian samun dalam lif dimana mangsa seorang wanita telah diekori oleh seorang lelaki yang kemudiannya secara tiba-tiba telah menumbuk, menyepak dan menyamun mangsa dengan sangat agresif.
Setelah dibuat semakan dan carian video yang tular itu adalah kejadian yang berlaku pada 14 Februari 2019 di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara Cheras. Ketika kejadian mangsa Lee Meei Shan, 48 tahun telah memasuki lift secara berseorang dan diikuti oleh pemangsa, G. Thinathayaalan, 26 tahun seorang pembaik penghawa dingin yang kemudiannya bertindak menyamun dan mencederakan mangsa dengan menyepak beberapa kali, menarik rambut mangsa dan menumbuk mangsa secara bertubi-tubi sebelum melarikan diri bersama barang milik mangsa. G. Thinathayaalan telah melarikan kad pegenalan, dua kat ATM, lesen memandu, dua kad kredit bank dan wang tunai RM400 dan dompet milik mangsa.
Menurut laporan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa melaporkan kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi, akibat kejadian mangsa bengkak di dahi dan lebam di beberapa bahagian lain. Anggota polis Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras telah berjaya menahan mangsa di Taman Cheras, Jalan Cheras Kuala Lumpur pada 18 Febuari 2019 sekitar jam 8.10 malam
G. Thinathayaalan akhirnya telah ditangkap dan dituduh mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal diatas kesalahan merompak dan mencederakan mangsa. Mengikut penghakiman G. Thinathayaalan dihukum penjara 18 tahun dan lima (5) sebatan oleh Hakim Mahyon Talib selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Apapun video ini boleh dijadikan pengajaran terutama bagi golongan wanita dan warga emas supaya lebih berhati-hati dan tidak menggunakan lift yang kosong secara bersendirian kerana ini mungkin akan mengundang kejadian yang tidak diingini.
#PrezCom