Kuala Lumpur, 22 Ogos 2023, 07:00pm. Pada 18 Ogos 2023, Tular rakaman video Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengislamkan saudara baharu di Masjid Ar-Rahimiah, Klang, Selangor. Video berdurasi 1 minit 26 saat itu tular di laman media sosial sejak pukul 3 petang tadi. Dalam rakaman tersebut, Perdana Menteri dipercayai mengajar saudara baharu itu mengucap dua kalimah syahadah sebelum disambut laungan takbir oleh jemaah yang hadir. Turut bersama Anwar dalam rakaman itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari.

Merujuk petikan akhbar, Malaysiakini pada tarikh 21 Ogos 2023, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) kesal dengan tindakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim secara terbuka mengislamkan seorang pemuda di Masjid India Klang, baru-baru ini. Sumber dari KLSCAH mengatakan “Sebagai pemimpin negara, dia harus mempertimbangkan sama ada tindakannya selari dengan ketenteraman penduduk dan sentimen rakyat daripada semua latar belakang kaum. “Penyertaan terbuka perdana menteri dalam penukaran agama dan hantaran gambar (majlis itu) oleh beliau di media sosial sudah tentunya menunjukkan kurangnya sensitiviti agama, “kata pertubuhan itu dalam kenyataan pada petang itu.

Hari ini, 22 Ogos 2023 jam 12:52pm, sebentar tadi, Bekas menteri UMNO, Khairy Jamaluddin, hari ini menyatakan sokongannya terhadap tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengislamkan seorang pemuda di sebuah masjid di Klang baru-baru ini. Ekoran kejadian itu, kata Khairy, timbul kekecohan dan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Menurut Khairy, ada pihak beranggapan sebagai perdana menteri bukan tugas Anwar untuk terlibat dalam urusan agama, malah ada yang menuduh sehingga mengaitkan langkah itu sebagai usaha kerajaan mendapatkan semula sokongan rakyat selepas berakhirnya pilihan raya negeri (PRN).

“Saya nak mempertahankan Perdana Menteri dalam hal ini.”Hanya kerana dia seorang Perdana Menteri, ia tidak menjadikan seseorang itu berhenti daripada menjadi Muslim,” katanya dalam episod terbaru Podcast Keluar Sekejap yang disiarkan hari ini. Khairy berkata dia menghubungi bekas Menteri Agama yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad, untuk mendapatkan pandangan mengenai tindakan Anwar. Kata Khairy lagi, Zulkifli memberitahunya mana-mana orang Islam boleh membantu seseorang yang ingin memeluk Islam secara sukarela.

“Dilaporkan bahawa Perdana Menteri terlibat dalam acara itu secara spontan.”Saya juga akan melakukan perkara yang sama jika ada orang mendekati saya (dan meminta berbuat demikian),” katanya Zulkifli Mohamad lagi. Sementara itu Shahril turut sependapat dengan Khairy dan menjelaskan pada akhirnya Islam adalah agama rasmi negara. Justeru katanya, sebarang bentuk usaha memastikan Islam diperkukuhkan sentiasa disambut baik.

Sementara itu pada petang ini juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Daerah Klang, Hushim Salleh, tampil memberi penjelasan berhubung tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mengislamkan seorang pemuda India di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang, baru-baru ini. Menurutnya, perkara itu berlaku bukan dengan perancangan sebaliknya secara spontan apabila Anwar menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan selepas menziarahi waris mangsa tragedi kapal terbang terhempas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja dikritik oleh KLSCAH, beliau juga di kritik oleh Presiden Yayasan Hak Asasi Manusia Global (GHRF) S Shashi Kumar dan Bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy. Presiden GHRF, Shashi Kumar berkata sebelum ini orang bukan Islam sering diminta menjaga sensitiviti orang Islam tetapi Anwar sendiri gagal mengambil kira sensitiviti orang bukan Islam. Manakala P.Ramasamy juga turut membidas Anwar. “Tak dapat dibayangkan Anwar mengislamkan seorang pemuda Hindu di sebuah masjid di Klang. Tiada perdana menteri lain yang melakukan perkara itu sebelum ini.“Kenapa perlu mengislamkan pemuda Hindu dan apakah keistimewaan penukaran agama ini untuk Anwar?” soalnya.

Sementara itu Hushim Salleh berkata, pihaknya berharap isu tersebut tidak berlarutan dan mana-mana pihak tidak perlu bercakap bukan-bukan terhadap Anwar. Malah katanya, saudara baru, Githaran atau nama Islamnya Muhammad bin Abdullah itu juga meminta supaya dia disyahadahkan oleh Anwar dan meminta untuk dinamakan seperti nama Perdana Menteri ke-10 itu. “Ini saya nak berikan penjelasan bahawa yang memohon supaya Perdana Menteri syahadahkan adalah saya. Beliau datang sebagai hamba Allah, ramai orang yang minta nak syahadahkan walaupun seorang.”Jadi janganlah cakap bukan-bukan di luar sana, buat dosa saja,” katanya.

#PezCom