Sumber Imej:Kredit Kepada Urus Setia Penerangan Darul Aman-UPDA

Kuala Lumpur,22 Ogos 2023, 10.31am. Sudah terjawab desas desus mengenai kemelut yang melanda kerajaan Negeri Kedah susulan rasa tidak puas hati PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) Berkenaan isu perlantikan jawatan Exco. Di Alor Star pagi ini seramai sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Menghadap Besar, Istana Anak Bukit kira-kira pukul 10.00 pagi ini. Majlis pelantikan dimulakan dengan upacara mengangkat sumpah oleh ADUN Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali diikuti ADUN Sungai Limau, Mohd. Azam Abd. Samat; ADUN Jitra, Dr. Haim Hilman Abdullah; ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Halimaton Shaadiah Saad dan ADUN Kuala Nerang, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria. Lima lagi ADUN yang dilantik sebagai exco adalah ADUN Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria; ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab. Ghani; ADUN Kubang Rotan, Datuk Salleh Saidin; ADUN Alor Mengkudu, Muhamad Radhi Mat Din dan ADUN Kulim, Wong Chia Zhen.

Dengan perlantikan barisan Exco buat penggal ini, maka terjawablah teka teki mengenai jumlah jawatan yang di petikaikan oleh BERSATU semalam. Hanya tiga jawatan Exco sahaja yang diperuntukan untuk mereka sepertimana yang di gembar gemburkan sebelum ini. Mungkinkah rasa tidak puas hati ini akan berkekalan sehingga habis penggal nanti atau ia akan terus di telan dan dilupakan demi menghormati rakan didalam komponen ?

Seperti patah Melayu menyebut“ Rumah sudah siap namun pahat masih berbunyi”. Hanya tiga Exco dikekalkan daripada penggal lalu iaitu Siti Ashah, Halimaton dan Mohamad Yusoff sementara komposisi mengikut parti pula, Pas memiliki tujuh Exco termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor diikuti tiga daripada Bersatu dan seorang wakil Gerakan.Sumber dalaman BERSATU menyebut mereka sangat kecewa dan kesal apabila dimaklumkan hanya diperuntukkan tiga jawatan exco sedangkan pada penggal lalu, mereka diberikan lima jawatan Exco dan juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah. Menurut mereka lagi, mereka tidak mahu apa yang berlaku di Kelantan dan Terengganu apabila hanya masing-masing satu jawatan exco diberikan kepada wakil BERSATU, sedangkan mereka sama-sama bekerja untuk PARTI PERIKATAN NASIONAL di negeri terbabit .

Pelantikan EXCO Negeri Kedah menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memegang portfolio terbesar iaitu lapan berbanding tujuh ketika beliau mengangkat sumpah jawatan pada 2020 lalu. Beliau memegang portfolio Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Mineral dan Geosains, Hasil Bumi, Kewangan, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Pembangunan Kedah 2035, Kerjasama Luar. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu, Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menang 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dengan pembangkang hanya menang tiga kerusi sahaja. Komposisi DUN Kedah ketika ini menyaksikan PAS menguasai 21 kerusi, BERSATU (11), GERAKAN (1), manakala PKR (2) dan DAP.

Senarai penuh EXCO Kedah

1. Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Mineral dan Geosains, Hasil Bumi, Kewangan, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Pembangunan Kedah 2035, Kerjasama Luar)

2. Datuk Siti Aishah Ghazali (Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan)

3. Mohd Azam Abd Samat (Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan)

4. Dr Haim Hilman Abdullah (Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi; Sains, Teknologi dan Inovasi)

5. Datuk Halimaton Shaadiah Saad (Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan)

6. Mohamad Yusoff@Munir Zakaria (Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar)

7. Mejar (B) Mansor Zakaria (Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesihatan)

8. Dzowahir Ab Ghani (Pertanian, Perladangan, Pengangkutan)

9. Datuk Mohd Salleh Saidin
(Pelacongan, Kebudayaan, Keusahawanan)

10. Radhi Mat Din (Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan)

11. Wong Chia Zhen (Sumber Manusia; Masyarakat Cina, India dan Siam; NGO)

#PrezCom