Kuala Lumpur, 19 Ogos 2023 01:47pm. Siapa tak kenal teh tarik? Di negara kita teh tarik adalah minuman kegemaran semua bangsa. Untuk membuat teh tarik sangatlah mudah, hanya masukkan serbuk teh didalam segelas air panas yang menggelegak, dibiarkan beberapa minit dankemudian di campur susu pekat manis. Kemudian bancuhan tersebut ditapis dan teh tadi ditarik sehingga berbuih dan sedia dihidang. Nampak mudah bukan? Ye nampak mudah tapi teh tarik ada seni dan ramuannya yang tersendiri bagi menjadikannya lebih sedap seperiti dicampur ramuan herba dan halia. Di Malaysia teh tarik dicampur halia di panggil Teh Sarbat ataupun Teh Masala.

Jika tahu teh tarik bagaimana pula dengan nama Tea Thambi? Tea Thambi adalah pengusaha minuman teh tarik yang diusahakan oleh adik beradik Kavi dan adiknya Suresh dari cheras. Ravi dan Sureah sudah 3 tahun berniaga Masala Tea di sekitar Kuala Lumpur terutama di Brickfield, Masjid India dan Leboh Ampang.

Semalam Suresh berniaga di Menara Maybank, Jalan Tun Perak berhampiran Pudu Raya selama dua (2) bagi bersama memeriahkan program ‘Maybank Group Sustainability Week’. Selain berniaga secara mobile Tea Thambi juga mempunyai kedai di Brickfield bertentangan dengan Hong Leong Bank dan Nu Sentral di Brickfield. Tea Thambi di hidang dalam dua menu, Masala Tea dan Masala Bru Coffee yang juga dihidang dalam cawan kecil berharga RM1 dan cawan besar berharga RM2.

Menurut Suresh selain Tea ini sangat diminiti pelanggan ianya juga berupaya berupay mengeluarkan angin dari badan. Bagi yang ingin bekerja Tea Thambi juga memberikan peluang pekerjaan dengan bayaran RM6 sejam. Pelanggan boleh membayar menggunakan Cash dan QR Code. Bagi pelanggan yang ingin menikmati Teh Masalah dari Teh Thambi bolehlah ke Leboh Ampang.

Bagi sesetengah orang teh tarik hanya teh tarik tapi bagi rakyat Malaysia teh tarik teh bangsa Malaysia.

#PrezCom