
Kuala Lumpur 17 Ogos 2023, 10.26 am. Ketua Pemuda UMNO Malaysia , Dr. Akmal Saleh berkata, “post – mortem bagi Pilihan Raya 6 Negeri (PRN) ke 15 pada 12 Ogos 2023 yang lalu perlu dijalankan untuk mencari punca kekalahan yang teruk yang dihadapi oleh UMNO di PRN kali ini. Post-mortem ini penting untuk menjadi penamat kepada segala keresahan akar umbi dan pemimpin serta mengelakkan parti dari mendapat nama buruk kerana UMNO dikatakan sudah di tolak oleh rakyat. Setelah dua kali mengalami kekalahan yang dashyat iaitu pada Pilihan Raya Umum (PRU)-15 yang lalu dan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 pada 12 Ogos 2023 baru-baru ini, UMNO dilihat seperti sudah kehilangan arah tuju dan seperti tidak bermaya untuk meneruskan perjuangan kerana sering terkait dengan tomahan oleh rakyat mengenai Presiden UMNO yang dikatakan terpalit dengan kes rasuah yang besar.
Menurut Dr Akmal Saleh ‘post-mortem’ diperlukan agar menjadi titik tolak perubahan UMNO kepada yang lebih baik. Beliau menambah lagi, “Kita pastikan suara keramat Pemuda Umno kali ini akan menjadi titik tolak perubahan UMNO dan usah meratapi kegagalan yang lepas. Kita perlu bangkit melakukan perubahan demi kebaikan parti. Dr Akmal Saleh dengan tegas mengatakan UMNO milik rakyat. Bukan milik individu. Kita kembalikan kegemilangan UMNO yang dulu” kata beliau didalam facebook miliknya pada hari selasa yang lepas dan ianya mendapat respon yang hangat dari pemuda Umno. Beliau bersyukur kerana mendapat persetujuan dari ahli-ahli Pemuda UMNO untuk hadir ke ‘post-mortem’ Pemuda UMNO pada malam ini iaitu 17 Ogos 2023 bertempat di International Youth Centre, Jalan Yaacob Latif Kuala Lumpur pada jam 7.00 pm.
‘Post-mortem’ ini bukan dilakukan pada malam ini saja, malah akan diadakan di setiap negeri dan untuk peringkat permulaan ini akan dimulakan dulu kepada pemimpin ketua-ketua cawangan Pemuda UMNO (G5) dimana setiap Pemuda UMNO bahagian saja akan hadir. Bagi sesi ‘post-morte’ seluruh negara akan di jadualkan tidak lama lagi. Semoga sesi post-mortem ini akan terfokus dan akan melibatkan lebih ramai pemuda umno akan hadir. Pada malam ini dianggarkan pemuda umno seluruh negara akan menghadiri sesi ‘post-morte’ pertama kali ini dan sama-sama akan mencari punca kekalahan dan apa solusinya. Semenjak kehilangan banyak kerusi didalam dua siri pilihan raya yang lalu, UMNO dan Barisan Nasional menjadi tomahan rakyat dan juga dari kalangan akar umbi sendiri sehingga ramai ahli dan juga pemimpin mengambil keputusan untuk meninggalkan parti untuk menyertai parti politik lain. Ini merupakan satu kerugian yang amat besar kepada parti UMNO dan perkara ini perlu dihentikan. Di atas sebab-sebab inilah Dr Akmal Saleh bertegas untuk mengadakan ‘post-morte’m bagi mencari solusi dan sekali gus menamatkan kemelut dalaman yang menghantui parti sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Didalam satu petikan akhbar bertarikh 13 Ogos 2023, Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menuntut agar Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, turun kelapangan berjumpa dengan akar umbi untuk menjernihkan yang keruh dan memperbaiki keadaan. Presiden dan kepimpinan UMNO perlu membuat pertimbangan semula, termasuk mengenai kerjasama dengan DAP untuk mengelakkan parti Melayu itu pupus pada Pilihan Raya Umum (PRU ) ke 16 akan datang.
Isham Jalil turut membangkitkan berkenaan bentuk kerjasama dengan parti DAP yang perlu dilihat semula. Menurut beliau lagi kedudukan DAP dalam minda akar umbi UMNO masih menjadi suatu perkara yang sensitif dan sukar untuk diterima. Menurut beliau, di Selangor, calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding menentang calon BN telah mendapat undi yang lebih banyak apabila bertanding diatas tiket PN berbanding semasa mereka bertanding di atas tiket PKR dahulu. Ini bermaksud bukan saja penyokong lama PKR memberi undi kepada calon PN tersebut, malah orang UMNO pun mengundi mereka juga. Ini adalah satu tamparan hebat kepada UMNO, katanya lagi.
Hisham Jalil berharap kepimpinan UMNO akan melihat kembali dan berusaha untuk membetulkan keadaan. Perlu melakukan sesuatu yang drastik kerana kini UMNO berada didalam keadaan getir dan kritikal. Jika tidak dilakukan apa-apa, perjuangan UMNO akan lenyap dibumi Allah ini. UMNO perlu bangkit semula.
#PrezCom