
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2023 , 10.16 am . Bekas Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Bertam iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tidak merasa kecil hati kerana tidak di lantik sebagai Timbalan Ketua Menteri ll Pulau Pinang dan barisan Exco kerajaan negeri itu. Reezal Merican berkata sebagai ” orang parti ” beliau patuh kepada arahan parti. Sebelum ini hangat diperkatakan bahawa Datuk Seri Reezal Merican akan di lantik sebagai Timbalan Ketua Menteri ll Pulau Pinang dan turut membarisi barisan Exco negeri tersebut. Namun ia berlaku sebaliknya apabila ADUN Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo dari DAP di lantik sebagai Timbalan Ketua Menteri ( TKM ) ll Pulau Pinang dan ADUN Batu Maung iaitu Datuk Dr Mohammad Abdul Hamid dari PKR di lantik sebagai Timbalan Ketua Menteri l Pulau Pinang yang baharu bagi penggal ini. Perlantikan Datuk Mohammad Abdul Hamid sebagai Timbalan Ketua Menteri l Pulau pinang telah menamatkan spekulasi sebelum ini bahawa Reezal Merican akan dilantik untuk memegang jawatan berkenaan. Selain Mohammad dan Jagdeep , turut mengangkat sumpah ialah tujuh muka baharu yang akan dipertanggungjawabkan dalam tempoh lima tahun.
Berikut adalah senarai Exco baharu yang dilantik :
1) Chow Kon Yeow ( ADUN Padang Kota)
* Ketua Menteri
* Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi
2) Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid ( ADUN Batu Maung)
* Timbalan Ketua Menteri I
* Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat
3) Jagdeep Singh Deo ( ADUN Datok Keramat)
* Timbalan Ketua Menteri II
* Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi
4) Rashidi Zinol ( ADUN Sungai Acheh)
* Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar
5) Zairil Khir Johari(ADUN Tanjong Bunga)
* Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital
6) Wong Hon Wai (ADUN Paya Terubong)
* Pelancongan dan Ekonomi Kreatif
7) Lim Siew Khim (ADUN Sungai Pinang)
* Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam
8) H’ng Mooi Lye (ADUN Jawi)
* Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa
9) Gooi Zi Sen (ADUN Padang Lalang)
* Belia, Sukan dan Kesihatan
10) Datuk Seri S. Sundarajoo (ADUN Perai)
* Perumahan dan Alam Sekitar
11) Fahmi Zainol(ADUN Pantai Jerejak)
* Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi
Dalam pada itu Datuk Seri Reezal Merican berkata beliau pernah menjadi Menteri dan Timbalan Menteri sebelum ini. Malah katanya barisan kepimpinan baru kerajaan itu dilihat sebagai gabungan positif yang merangkumi pemimpin muda dan berpengalaman.
Dalam petikan akhbar Utusan , Datuk Seri Reezal berkata ” yang penting bagi saya ialah untuk menang dan saya nak supaya kehadiran saya ini membantu dalam membentuk Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang sebab kita tahu , Chow Kon Yeow ( Ketua Menteri ) ini dia nak cari ‘ rakan kongsi ‘ yang credible ( boleh dipercayai), bermaruah, kuat dan beraspirasikan orang melayu. Katanya.
Menurut sumber yang di petik dari FMT , perlantikan Datuk Seri Reezal Merican sebagai Timbalan Ketua Menteri l Pulau Pinang mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati Parti Keadilan Rakyat ( PKR ). Ini kerana biasanya seorang Wakil Rakyat dari PKR akan diberi jawatan itu , manakala yang kedua dikhaskan untuk ADUN DAP. Pada 15 Ogos 2023 , Setiausaha Agung DAP iaitu Anthony Loke Siew Fook mengesahkan seorang ADUN dari Barisan Nasional akan menganggotai Kerajaan Pulau Pinang.
Kemelut politik tanah air akan terus bergelora dan tidak tahu bilakah ianya akan berakhir dengan tenang. Namun rakyat Malaysia perlu bersabar dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua pihak.
#PrezCom