Kuala Lumpur , 17 Ogos 2023 , 11.32 am . Kementerian Pengangkutan Malaysia ( MOT ) mengambil satu inisiatif untuk menyediakan tambang percuma “myBas Konsesi ” bagi kumpulan sasar Kementerian tersebut iaitu kepada golongan Orang Kurang Upaya ( OKU ) , warga emas dan pelajar sekolah berusia tujuh hingga tujuh belas tahun. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti ( SBST ) yang di kendalikan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat ( APAD ) akan mula di laksanakan di tiga buah bandar terlebih dahulu iaitu Seremban , Ipoh dan Johor.

Pada hari Selasa lalu iaitu pada 15 Ogos 2023 program ini telah dikuatkuasakan. Warganegara Malaysia yang layak untuk menerima faedah dari tambang percuma ini terbuka kepada OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) yang bersekolah di kawasan liputan perkhidmatan berkenaan. ” Bagi golongan OKU dan warga emas kita akan tengok bagaimana untuk permudahkan pendaftaran supaya mereka tidak perlu perbaharui kad setiap tahun “katanya di sidang akhbar di Terminal satu pada hari selasa yang lepas. Menurut Loke lagi ” mereka akan menikmati manfaat subsidi kos perjalanan di ketiga – tiga bandar raya terbabit yang membabitkan keseluruhan lima puluh lapan laluan “.

Terdapat lima lokasi kaunter pendaftaraan yang disediakan di Seremban , Johor Bahru ( 7) dan Ipoh ( 1). Mereka yang berkelayakan ini hanya perlu sekali sahaja membuat pendaftaran dan akan diberi pas myBas tetapi dikehendaki memperbaharuinya setiap tahun bagi tujuan kemas kini maklumat .

Dari petikan kata-kata Loke:  “Kita juga bercadang memperluaskan pelaksanaan tambang percuma ini ke negeri lain secara berperingkat. Sebelum ini, kita dapati tak ramai golongan ini yang menggunakan perkhidmatan myBAS di tiga-tiga negeri ini. Tetapi saya yakin bila kerajaan ambil inisiatif sediakan tambang percuma ini, ramai yang akan buat permohonan dan ingin memanfaatkannya.”

Menteri Pengangkutan itu berharap agar golongan sasar yang disebutkan untuk program ini tidak akan melepaskan peluang yang baik ini bagi meringankan beban mereka .

#PrezCom