
Kuala Lumpur, 16 Ogos 2023, 02.21 am. Semperna dengan sambutan hari yang cukup istimewa iaitu Hari Kemerdekaan negara kita yang ke -:49, Menara Berkembar Petronas menawarkan satu tiket sahaja kepada setiap individu yang lahir pada bulan Ogos. Tawaran ini dibuat dengan syarat perlu hadirkan diri ke kaunter informasi di Menara tersebut dan wajib menunjukkan Mykad atau Mykid untuk mendapatkan tiket. Tawaran istimewa ini hanya terhad sehingga 31 Ogos 2023 sahaja . Kepada yang layak untuk menerima tawaran ini boleh lah menentukan cadangan tarikh dan masa lawatan kepada staff bertugas tetapi ianya bergantung kepada kekosongan waktu dan tarikh yang di pilih dan ini berkonsepkan “siapa cepat dia dapat”. Tempat yang akan dilawati di Menara Berkembar tersebut adalah Sky Bridge dan Observation Deck.
Di Observation Deck terdapat pameran paparan digital terkini tentang sejarah bangunan . Ia terletak di Tingkat 86 dan dapat juga menikmati pandangan bandar Kuala Lumpur dari atas menara tersebut . Sky Bridge pula menjadi penghubung kepada kedua – dua menara iaitu menara pada tingkat 41 dan 42 . Anda akan dapat menikmati pemandangan setinggi seratus tujuh puluh meter ( 170m) dan dapat menyejukkan mata dengan pemandangan serba hijau serta dapat melihat keputihan kepulan awan dengan jelas . Tentu ramai yang tidak sabar untuk berada di atas Menara Berkembar tersebut .
Waktu Operasi Menara Berkembar Petronas:
- 9 pagi-9 malam ( Selasa hingga Ahad )
- Waktu akhir masuk adalah pada pukul 8.30 pm.
- Di tutup pada hari Isnin kecuali cuti umum dan cuti umum gantian .
Menara Bekemar Petronas (KLCC) mempunyai banyak sejarah dan latar belakang yang menarik di sebalik pembinaannya. Motif seni bina Islam yang ditonjolkan menara tersebut jga memberi gambaran bahawa kebanyakan bangunan ternama di dunia mempunyai hubung kait dengan Islam. Bangunan ini boleh dijadikan sebagai mercu tanda kemajuan sesebuah negara dalam berlumba untuk mencapai kemajuan. Hasil daripada pembinaan Menara Berkembar Petronas (KLCC) telah memberi banyak manfaat kepada keselesaan manusia kerana dengan adanya teknologi kejuruteraan tersebut, masalah banyak dapat diselesaikan seperti masalah berjual beli dan masalah pelancongan. Justeru itu dalam etika islam teknologi ini adalah diharuskan kerana pembinaan ini diciptakan untuk kebaikan manusia dan tidak mengakibatkan kerosakan alam .
#PrezCom .