Kera

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2023: 03:20pm. Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam (6) negeri berakhir, tumpuan beralih kepada pembentukan kerajaan negeri dengan perlantikan Menteri besar dan Ketua Menteri. Parti gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) akan menumpukan fokus kepada Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang sementara parti gabungan Perikatan Nasional (PN) akan menumpukan Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Bagi parti PH-BN semalam istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah telah pun di sempurnakan pada jam 4.15 semalam. Gabungan PH-BN memenangi 31 kerusi daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan dan seterusnya melayakkan untuk membentuk kerajaan.

Bagi negeri Terengganu, istiadat Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar dan Melafaz Sumpah Jawatan EXCO berlangsung dihadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri Istana Syarqiyyah petang ini. Tahniah kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mohktar atas pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Menteri Besar Negeri Sembilan: Datuk Seri Aminuddin Harun (DUN Sikamat)
Ketua Menteri Pulau Pinang: Chow Kon Yeow (DUN Padang Kota)
Menteri Besar Selangor: Datuk Seri Amirudin Shari (DUN Sungai Tua)
Menteri Besar Terengganu:Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar (DUN Ru Redang)
Menteri Besar Kelantan: Datuk Mohd Nassuruddin Daud (DUN Meranti)
Menteri Besar Kedah: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (DUN Jeneri)

#PrezCom