
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2023 02:22PM
Selain Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid bin Hamidi patut meletakkan jawatan serta-merta susulan UMNO kalah teruk dan penolakan pengundi Melayu dalam PRN di enam negeri baru-baru ini beberapa orang pemimpin UMNO seperti Tan Sri Idris Jusuh juga mahu Ahmad Zahid mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan. Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz juga menyatakan keperihatinan beliau didalam isu ini dan berkata “di Selangor selepas 15 tahun UMNO masih lagi ditolak, tak tahu apa lagi amaran yang perlu diberikan kepada UMNO untuk menyedarkan parti agar berubah selepas kekalahan demi kekalahan.” Sementara itu Ahli Majlis Tertinggu UMNO Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Zahid tidak perlu meletakkan jawatan kerana ia bukan jalan penyelesaian dan apa yang penting sekarang ialah UMNO dan BN mendapatkan kembali sokongan orang Melayu. Dr Mohd Puad Zarkashi juga di dalam hantaran Facebook peribadinya berkata “jangan menunding jari kerana ia adalah beban bersama”
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid bin Hamidi yang sedar terhadap desakan dan gesaan yang mahukan beliau mengundurkan diri dari menjadi Presiden UMNO susulan kekalahan teruk Barisan Nasional didalam Pilihan Raya di 6 Negeri baru-baru ini berikrar akan memperbaiki UMNO dengan dibantu oleh kepimpinan parti.
Didalam Pilihan Raya di Enam (6) negeri baru-baru ini UMNO yang bertanding di 108 kerusi hanya mampu menang 19 kerusi sahaja. Di Kedah dan Terengganu, Barisan Nasional tidak memenangi sebarang kerusi di Selangor, Barisan Nasional hanya menang di dua DUN iaitu di DUN N.01 Sungai Air Tawar dengan majoriti tipis 846 undi melalui YB Rizam bin Ismail sementara di N23. Dusun Tua, Barisan Nasional dikatakan menang dengan bantuan undi PH-DAP. Terdahulu sebelum ini Pada PRU-15 yang lalu calon BN Datuk Johan Abd Aziz yang bertanding di P101 Hulu Langat telah kalah teruk apabila menentang calon PH, Mohd Sany Hamzan. Negeri Kelantan menyaksikan Barisan Nasional hanya memenangi satu (1) kerusi DUN iaitu N.45 DUN Galas melalui Mohd Syahbuddin bin Hashim. Di Kerusi DUN Pulau Pinang pula Barisan Nasional hanya memenangi dua (2) kerusi dari 40 kerusi DUN iaitu memalui Reezal Merican Naina Merican di N.02 Bertam dan N.21 Sungai Acheh melalui Rashidi bin Zainol. Basian Nasional hanya dapat mempertahankan beberapa kerusi di Negeri Sembilan apabila berjaya memenangi 14 kerusi DUN daripada 36 kerusi yang dipertandingkan.
Zahid Hamidi walaubagaimanapun berjanji akan meneliti pendekatan dan strategi baharu untuk diguna pakai bagi memenangi hati dan minda pengundi. Beliau juga berkata “ini bukan kali pertama seorang Presiden UMNO di gesa untuk berundur”.
#PrezCom