Kredit Gambar – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2023 07:00am. Pilihan Raya Negeri (PRN) ke 15 bagi enam (6) negeri terlibat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu yang melibatkan 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan membabitkan 3,450 pusat mengundi dengan 17, 425 saluran di tutup sepenuhnya pada jam 6.00 petang semalam.

Berikut dibawah adalah intisari keputusan pemilihan dan kedudukan kerusi panas setiap negeri.

 

NEGERI  KEDAH

Di Kedah, Parti Perikatan Nasional menang besar apabila berjaya memenangi 33 kerusi daripada 36 kerusi yang dipertandingkan. PH hanya berjaya memenangi 3 kerusi manakala BN tidak memenangi apa-apa kerusi di Kedah. Semtara itu Muhammad SanuSi dikatakan telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 apabila dengan sengaja menunjkkan kertas undi kepada petugas media. Sanusi yang ditemuramah oleh pihak media mengenai isu ini menytakan bahawa kerts itu terbuka secara tidak sengaja ketika dia sibuk melayan permintaan petugas media yang ingin mengambil gambarnya. Untuk Kerusi Panas di Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid (BN) telah ditundukkan oleh calon dari PAS (PN-PAS), Mohd Radzi Md Amin apabila Mahadzir hanya berjaya memperolehi undi sebanyak 8,024 undi manakala Mohd Radzi Md Amin menang dengan majoriti 6,373 undi apabila berjaya memperolehi undii sebanyak 14,379 undi. Sementara itu di DUN N.14 Alor Mengkudu, Datuk Mahfuz Omar (PH) tewas kepada bekas pemain bola sepak Kedah apabila hanya memperolehi 8,832 undi. Muhamad Radhi Mat Din, Perikatan Nasional berjaya menang dengan majoriti 10,104 undi apabila memperolehi 18,936 undi untuk menundukkan Datuk Mahfuz Omar.

NEGERI SELANGOR

Di Selangor Parti PH-BN berjaya memperolehi sebanyak 34 kerusi daripada 56 kerusi yang di pertandingkan. Parti Perikatan Nasional (PN) berjaya menguburkan impian Datuk Seri Amirudin Shari untuk menang dengan majoriti dua pertiga apabila PN memenangi 22 daripada 56 kerusi DUN. Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berpuas hati dengan keputusan dan memberitahu kemenangan PH-BN membuktikan rakyat mengiktiraf kerjasama diantara PH-BN di Selangor. PH tewas di empat (4) kerusi yang menyebabkan gabungan PH-BN hilang majoriti dua pertiga. Untuk Kerusi Panas di Selangor, iaitu kerusi DUN Hulu Kelang, DUN Batu Tiga dan DUN Gombak Setia telah menunjukkan keputusan diluar dugaan.


NEGERI TERENGGANU

Di Terengganu, Parti Parikatan Nasional (PN) menang kesemua 32 kerusi DUN yang dipertandingkan dan ini bermakna buat pertama kalinya tidak ada wakil pembangkang di dalam DUN negeri itu. Menteri Besar Terengganu sebelum ini telah mengumumkan bahawa Hari Ahad, 13 Ogos 2023 adalah hari cuti peristiwa bagi Negeri Terengganu. Untuk Kerusi Panas di Terengganu, DUN N.30 Kijal, Datuk Seri Ahmad Said (BN) tewas kepada Datuk Razali Idris (PN-BERSATU) apabila hanya memperolehi 9,552 undi. PN-BERSATU, Datuk Razali Idris berjaya menang dengan 13,172 undi bagi menewaskan Datuk Seri Ahmad Said. Sementara itu Bekas Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman juga gagal mempertahankan DUN N.11 Seberang Takir yang dimenanginya pada PRU14 yang lalu apabila tewas kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Rakit, Khazan Che Mat yang menang dengan memperolehi 12,156 undi. Pada PRN kali ini Datuk Ahmad Razif hanya mendapat 2,797 undi berbanding 9,340 undi yang diperolehinya semasa memenangi PRU 14 yang lalu.

NEGERI  KELANTAN

Perikatan Nasional (PN)-PAS mempertahankan Kelantan dengan memenangi 43 kerusi DUN dari 45 kerusi yang di pertandingkan. Parti gabungan BN-PH hanya menang dua (2) kerusi iaitu di DUN N.45 Galas dan DUN N.09 Kota Lama mempunyai majoriti pengundi bukan Melayu dan orang asli. PH berjaya merampas kerusi DUN N.09 Kota Lama apabila Dr. Hafidzah Mustaqim (PH-AMANAH) berjaya menundukkan Datuk Zamri Ismail (PAS) dengan majoriti 202 undi. Calon BN, Mohd Syahbuddin Hashim yang memenangi DUN N.45 Galas terdahu sebelum ini berkata beliau mahu menjadikan DUN Galas sebagai DUN contoh di Kelantan dan beliau berkata, katanya “jadilah pembangkang yang bijak dengan membangkang kepada perkara-perkara yang difikirkan tidak sesuai sahaja.” Di Kelantan boleh dikatakan tiada kerusi panas tetapi hanya kejutan yang tidak dijangka. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob, berkata PAS tidak menyangka dua kerusi itu (DUN Galas dan DUN Kota Lama) mampu dirampas oleh PH-BN dan PAS bersama-sama PN akan melakukan ‘post-mortem’ bagi mengkaji punca sebenar kekalahan PAS didua DUN itu.

NEGERI  PULAU PINANG

Di Pulau Pinang PH-BN berjaya memenangi 29 kerusi DUN daripada 40 kerusi yang dipertandingkan. PH berjaya memenangi 27 kerusi, BN berjaya memenangi dua (2) kerusi manakala Parti Perikatan Nasional berjaya memenangi 22 kerusi. Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Sementara Pulau Pinang berkata beliau mensasarkan untuk menang 30 kerusi tetapi berpuas hati dengan keputusan dan menurutnya apa yang penting adalah PH-BN mendapat majoriti dua pertiga di Pulau Pinang. Untuk Kerusi Panas di Pulau Pinang, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi, terus menerajui kemenangan di DUN N.05 Sungai Dua dengan majoriti 5,333 undi. Ustaz Muhammad Fauzi berjaya menundukkan pesaingnya Dato’ Dr Shaik Hussein Mydin dari Pakatan Harapan apabila memperolehi undi sebanyak 13,804 meninggalkan Shaik Hussein yang hanya memperolehi 8,471 undi. Seperti yang ditakuti DAP pengaruh PAS semakin melebar di Pulau Pinang.

NEGERI SEMBILAN

Seperti di Kelantan, Negeri Sembilan tidak mempunyai ‘kerusi panas’, sebanyak 36 kerusi dipertandingkan dan seperti ramalam PH-BN akan dapat membentuk kerajaan di Negeri Sembilan. Semua pemimpin utama PH dan BN berjaya mempertahankan kerusi ditandingi dan ini termasuklah Pengerusi Negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun yang menang di DUN N.13 Sikamat. Majoriti kerusi di bolot oleh PH dengan 17 kerusi DUN dan BN dengan 14 DUN manakala PN hanya berjaya memenangi 5 kerusi. Walaupun PN hanya berjaya menang di 5 kerusi namun ini adalah satu kejayaan buat PN apabila mula berjaya menembusi Negeri Sembilan daripada kedudukan kosong (0) kerusi sebelum ini. Paroi, Serting, Bagan Pinang, Labu dan Gemas mula menjadi tempat bertapaknya PN di Negeri Sembilan. Prestasi BN di Negeri Sembilan dikatakan menurun apabila tiga kerusi DUN yang majoritinya Melayu iaitu DUN N.31 Bagan Pinang, N.09 Gemas dan N.05 Serting telah tewas kepada Perikatan Nasional.

Antara yang menarik pada PRN-15 kali ini adalah, daripada 245 kerusi yang dipertandingkan seramai 71 orang calon adalah wanita dan 174 calon lagi adalah calon lelaki. Daripada 71 orang calon wanita yang bertanding seramai 24 orang claon telah berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri. Pakatan Harapan meletakan 26 orang calon wanita dan 15 orang daripadanya berjaya memenangi kerusi DUN. Barisan Nasional (BN) meletakkan 12 calon wanita namun hanya menang satu (1) kerusi DUN. Perikatan Nasional (PN) meletakkan 19 orang calon wanita dan lapan (8) orang daripadanya berjaya memenangi kerusi DUN, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) meletakkan sepuluh (10) calon wanita dan tidak seorang pun memenangi kerusi DUN di ikuti oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Bebas juga gagal memenangi sebarang kerusi DUN.

Sementara itu 96 orang calon yang bertanding telah hilang deposit RM5,000 apabila gagal meraih undi minima iaitu 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira. Parti MUDA terpaksa melepaskan kesemua wang deposit mereka apabila kesemua 20 kawasan DUN yang ditandingai parti itu gagal membuahkan sebarang hasil. Seperti Pilihan Raya Umum (PRU-15) yang lalu calon bebas gagal memenangi apa-apa kerusi.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu sidang media selepas pengumuman keputusan di Shah Alam semalam berkata keputusan PRN-15 kali ini adalah petanda jelas bahawa rakyat mahukan perubahan dan penolakan besar-besaran orang Melayu terhadap kerjasama politik PH dan BN. Beliau juga berkata PN akan melaksanakan semua manifesto di negeri yang dimenanginya. Dato Seri Utama Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan pula meminta semua pihak menghormati keputusan Pilihan Raya di Enam Negeri dan menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan akan terus bekerja untuk membangunkan Malaysia Madani. Seiring dengan pendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim,  Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid bin Hamidi juga menyatakan bahawa mandat yang diperolehi kali ini adalah asas untuk kebersamaan parti-parti di bawah Kerajaan Perpaduan. Ahmad Zahid juga menambah, katanya “sekarang adalah masa untuk bersatu hati dan berkerja keras demi memastikan kestabilan dan perpaduan.”

Keputusan PRN kali ini telah memberikan gambaran tentang beberapa perkara iaitu, kebangkitan ‘gelombang hijau’ itu adalah benar dan  peningkatan sokongan orang Melayu kepada Parti Perikatan Nasional juga dalah benar. BN yang dahulunya adalah parti yang menjadi tunjang perjuangan orang Melayu hanya menang 19 kerusi dari 108 kerusi yang ditandinginya. ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ itulah perumpamaan yang dapat di simpulkan kepada keputusan PRN kali ini. Keputusan PRN kali ini juga memberikan gambaran jelas bahawa rakyat Malaysa sudah matang didalam memilih dan tidak lagi termakan dengan janji-janji kosong yang dilontarkan sebagai gula-gula yang bertujuan hanya untuk meraih undi. Keputusan PRN kali ini juga adalah sebagai salah satu amaran kepada parti mana juga yang memerintah iaitu rakyat sentiasa memerhati dan akan merterjemahkan pandangan mereka di kertas undi.

#PrezCom