Kuala Lumpur, 10 Ogos 2023, 01.09 pm

Seperti mahu menuju ke medan perang begitulah situasi sekarang . Bukan sahaja kepada parti-parti politik dan calon wakil-wakil rakyat yang bertanding  tetapi juga kepada rakyat di enam negeri yang terlibat ini. Kita semua akan melihat sekali lagi parti mana yang akan meraih undi yang banyak . Adakah Pakatan  Harapan akan mendominasi lebih daripada separuh kerusi yang dipertandingkan seperti PRU ke-15 yang lalu atau gabungan Perikatan  Nasional akan memecut  menambah kerusi untuk  berada dihadapan Pakatan Harapan ? Semuanya menjadi tanda tanya dan sudah tentu berbagai persepsi akan timbul di minda rakyat .

Berbagai cara berkempen dilakukan dengan berbagai kata-kata sebagai contoh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ” Calon PH adalah calon saya . Calon BN adalah calon saya . Ia menggambarkan satu  Pemufakatan yang  jitu antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional . Ini dibuktikan dengan dimana calon BN dan PH bertanding beliau dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan turun bersama . Mengambarkan satu gandingan yang mantap . Dalam satu petikan di Malaysiakini beliau berkata ” Kami tidak memilih , kerana kita nak mufakat  ( antara BN dan PH ) betul-betul kuat sebab dengan bersatunya PH dan BN kita boleh sapu bersih Malaysia ini” . Perkara ini di ucapkan sewaktu menghadiri satu ceramah di program Jelajah Perpaduan MADANI di Bilik Gerakan Utama Dewan Undangan Negeri ( DUN) Telemong di Kuala Berang pada 8 Ogos 2023 .

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan , Datuk Ahmad Jazlan Yakub meminta semua calon yang bertanding supaya memfokus kepada kempen bersasar termasuk menyantuni pengundi berkeluarga besar kerana ini dapat menarik undi seluruh kaum kerabat keluarga besar  tersebut untuk memberi undi kepada calon Barisan Nasional . Waktu yang suntuk ini digunakan kepada  satu pendekatan yang berbeza dari kempen sebelum ini . Di Terengganu pula Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meminta calon supaya berkempen secara berhati-hati . Ini merujuk kepada perintah Mahkamah Pilihan Raya Terengganu memutuskan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim di Parlimen Terengganu pada Pilihan Raya Umum PRU ke 15 lalu di batalkan.  Menurut Dr. Samsuri mereka akan akur dan tidak akan melakukan kesalahan seperti yang lalu . Kemenangan Datuk Ahmad Amzad di batalkan bersabit kesalahan rasuah .

Di Negeri Kedah Datuk Seri Muhammad  Sanusi Md Nor iaitu  Menteri Besar Kedah menyeru supaya semua pihak memasuki gelanggang dan  pertandingan sebagai ” anak jantan ” . Datuk Seri Sanusi berharap amalan demokrasi tidak di cabuli sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian dengan penggunaan dana , harta dan agensi kerajaan oleh parti tertentu bagi tujuan kempen parti politik . Beliau berharap amalan demokrasi yang dilaungkan akan berjalan dengan baik sehingga hari pengundian . Dalam tempoh dua hari ini bakal menyaksikan setiap parti politik khususnya Pakatan Harapan , Barisan Nasional dan Perikatan Nasional melakukan pecutan terakhir dengan berkempen secara bersasar iaitu menggunakan kaedah bersemuka bertemu pengundi dengan mendekati sasaran yang berpotensi boleh memberi undi kepada calon yang bertanding . Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata , semua parti dalam PH dan BN sedang berusaha untuk memujuk pengundi agar memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri ke 15 ini . Hakikatnya semua parti boleh laungkan keyakinan . Namun 12 Ogos 2023  adalah penentu dan suara rakyat bakal menoktahkan segalanya .

#PrezCom