
Kuala Lumpur, 8 Ogos 2023, 11.03am. Berdasarkan Laporan Statistik Upah Pekerja ( Sektor Formal ) suku pertama 2023 yang dibentangkan pada minggu lepas , lebih 2 juta pekerja Malaysia masih berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan dan ini amat membimbangkan buat golongan muda di antara umur 20 hingga 30 tahun dimana gaji penengah mereka hanyalah RM1,682 hingga RM1,800 sebulan .
Statistik itu juga bermaksud lebih dua juta pekerja Malaysia masih dalam kategori golongan B40. Bagi kebanyakan pekerja Malaysia , gaji hanya akan meningkat kepada 3,500 pada paras tertinggi sekitar umur 40 hingga 49 tahun sepanjang mereka berkerja atau berkhidmat . Disebabkan itu , adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menamatkan kemelut dan ketidakstabilan gaji rakyat Malaysia. Justeru, kerajaan telah melaksanakan ‘Dasar Gaji Progresif’ iaitu bermaksud melaksanakan gaji berperingkat mengikut prestasi dan kualiti pekerja di semua sektor samada didalam sektor kerajaan atau pun didalam sektor swasta.
Dasar Gaji Progresif ini juga adalah sebagai satu imbuhan kepada pekerja di semua sektor agar lebih produktif dan berdaya saing. Dengan itu kualiti pekerjaan dapat dipertingkat selari dengan kemajuan dan perkembangan didalam negara kini. Dasar Gaji Progresif ini bukan bermakna menggantikan sistem yang lama malah Dasar Gaji Progresif ini adalah sebagai penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada dan memperolehi tanggagaji yang wajar. Matlamat kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan akan tergendala sekiranya Dasar Gaji Progresif ini tidak dilaksanakan dengan segera . Hanya dengan perlaksanaan Gaji Progresif ini maka dapatlah membantu menyeimbangkan antara peningkatan gaji dan kos sara hidup rakyat di bandar dan diluar bandar serta dapat menurunkan kadar inflasi bagi menstabilkan kos sara hidup rakyat .
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dasar ini merupakan pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum dan akan disusuli dengan garis panduan Gaji Progresif tahunan bagi setiap sektor pekerjaan dan peringkat. Gaji merupakan isu utama yang tidak boleh ditangguhkan dan tidak boleh diabaikan lagi. Sekian lama rakyat Malaysia berkerja setiap hari dengan kadar gaji atau upah yang rendah dan ini sangat tidak setimpal dengan pemegang-pemegang ijazah atau graduan yang hanya menerima gaji disekitar RM1,500 hingga RM1,900 sebulan. Selain dari itu kos sara hidup yang makin meninggi membuatkan rakyat menghadkan setiap perkara terutama aktiviti membeli. Hidup dibandar besar menuntut kepada perbelanjaan yang besar dan disebabkan itu lah rakyat mahu kan perubahan dari segi pendapatan dan kos sara hidup agar menjadi lebih seimbangkan .
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lagi tinjauan awal telah mendapati sebanyak 62 peratus pekerja dan 80 peratus syarikat menyambut baik cadangan Dasar Gaji Progresif ini. Model dasar ini diusulkan setelah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mengambil kira pandangan dan kepentingan pihak majikan dan dasar ini telah mendapat kelulusan dari MTEN pada 7 Ogos 2023 . Dasar ini akan dibentangkan di kabinet selepas ini dan kertas putih perlaksanaannya akan dibentangkan di Parlimen pada September nanti . Langkah seterusnya adalah untuk perbincangan dengan pihak berkepentingan terutama para pemain industri , perniagaan dan pekerja. Perkara ini juga akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk memperhalusi kaedah dan meneroka keperluan untuk memperuntukan dana sebagai insentif dan ini juga akan di nilai berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan dan keperluan dasar serta keperluan lain yang terlibat .
Kementerian Ekonomi sebelum ini mengumumkan pihaknya sedang berkerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk merangka beberapa pilihan dasar yang akan dibentangkan kepada MTEN untuk mencari cara terbaik bagi meningkatkan dasar gaji rakyat . Melalui pelaksanaan Dasar Gaji Progresif ini peratus perkerjaan yang sebelum ini telah menurun daripada 37.2 peratus pada 2020 telah naik kepada 32.4 peratus pada 2022 . Untuk itu kerajaan telah menetapkan nisbah agar peningkatan dapat dicapai sehingga 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan rakyat .
#PrezCom