Kuala Lumpur, 08 Ogos 2023 , 09.29 am.

Maybank telah mengumumkan perkhidmatan mereka tidak dapat di gunakan buat sementara waktu untuk web Maybank2u dan perkhidmatan perbankan mudah alih iaitu aplikasi M2U dan MAE, serta penggunaan kad debit dan kad kredit.

Menerusi makluman dalam akaun XTwitter , Maybank berkata pihaknya memohon maaf kepada pelanggan atas segala kesulitan dan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. Untuk bantuan sila hubungi kami melalui message peribadi atau hubungi maybank Group Customer Care di 1-300-88-6688 ( Malaysia ) atau +603-7844-3696 ( luar negara)

#PrezCom