
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2023 01:40pm Lebih 600 ahli dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU ) dalam kawsan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang mengumumkan keluar dari parti itu dan menyertai UMNO .Mereka berbuat demikian setelah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti tersebut .Perkara itu diumum oleh Bekas Pengerusi Penyelaras BERSATU Rantau Abang iaitu Anwar Rosli pada 5 Ogos 2023. Keputusan itu dibuat setelah mereka berasa dipinggirkan oleh pimpinan BERSATU yang tidak mengambil berat tentang masalah dan tidak menjaga kebajikan serta menabur janji-janji kosong kepada mereka .Menurut Anwar ramai di antara mereka terdiri daripada golongan orang-orang susah dan sakit tetapi mereka tidak dibantu oleh parti tersebut sebaliknya yang datang membantu adalah parti UMNO. Sejak dari dulu UMNO tidak pernah memilih orang untuk memberi bantuan. Anwar Rosli menyebut tentang perkara itu kepada media pada 5 Ogos 2023 yang lalu .
Majoriti bekas ahli BERSATU yang keluar parti itu melibatkan ahli-ahli di Pusat Daerah Mengundi Balai Besar dan Taman Permint Indah . Jalaluddin Mohd Zain iaitu Bekas Ketua Bersatu Cawangan Balai Besar telah menyerahkan lebih 600 borang permohonan untuk menyertai UMNO kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Dungun iaitu Nur Hisyam Johari. Ramai lagi ahli Bersatu dari Dungun akan meninggalkan parti BERSATU dan menyrtai UMNO dalam masa terdekat ini .
#PrezCom