Kuala Lumpur 07 Ogos 2023 2.15 pm. Seorang Influencer yang juga seorang pengarah filem di kecam gara-gara menegur mengenai isu air di Kelantan . Beliau yang dimaksud adalah Syahmi Sazli dan isterinya Annisa Faizul . Kedua-kedua mereka di kecam kerana komen yang dibuat oleh Anissa di laman facebook miliknya telah mengundang kemarahan segelintir rakyat di negeri Kelantan. Mereka berdua bukan sahaja di kecam malah ada yang ingin memboikot perniagaan mereka. Didalam facebooknya , Anissa meluahkan rasa kecewanya terhadap masalah air yang tiada berkesudahan di negeri Kelantan . Salah satu ulasan Anissa adalah mengatakan lebih 30 tahun tinggal di Kelantan tetapi perkara asas pun tak boleh diselesaikan.

Kemungkinan apa yang disebut oleh Anisaa ini merujuk kepada pemerintah Negeri Kelantan .Amat susah untuk rakyat mahu ambil wuduk dan juga susah untuk mandi .Dalam satu kenyataan yang di buat oleh Syahmi “Takkan sentuh masalah air pun salah ? Syahmi Sazli perjelaskan kenyataan isteri bersuara bukan bermaksud minta tukar kerajaan negeri .Dalam satu perkongsian Syahmi turut memaparkan hantaran sebuah facebook lain yang memaklumkan penduduk Kelantan mahu memboikot perniagaan Syahmi dan isterinya . Salah seorang rakyat di negeri Kelantan telah bertanya kepada Syahmi “Awak tak nak berniaga dengan orang Kelantan lagi ke?” Mungkin pertanyaan tersebut bermaksud untuk memboikot perniagaan Syahmi .

Syahmi Sazli secara tenang berkata , dia redha seandainya di boikot hanya kerana bersuara untuk kebaikan rakyat di Kelantan.  Sementara itu dalam satu ruang komen yang lain , pengikut facebook Syahmi menyatakan sokongan kepada pasangan itu . Mereka meminta supaya Syahmi dan Anissa redha dengan ujian yang terpaksa dilalui oleh mereka . Pengikut facebook Syahmi berkata percaya kepada rezeki . Rezeki bukan teletak di tangan manusia . Allah pemberi rezeki sambil meminta supaya Syahmi berjalan terus dan jangan perdulikan kata orang lain . Jangan risau ramai lagi yang menyokong Syahmi termasuk yang di luar Kelantan . Sebelum itu terdapat seorang facebooker iaitu Nur Idayu yang berkongsi tentang rutinnya yang terpaksa mengambil air dari tandas masjid untuk membersihkan diri didalam group facebook Pasir Mas . Susulan itu , Syami tampil memberi penjelasan memandangkan terdapat salah faham dan isterinya banyak menerima kecaman dari rakyat Kelantan .

Dalam penjelasan Syahmi , dia dan isterinya tidak mengalami masalah air di tempatnya . Isu yang di utarakan oleh isterinya adalah berkaitan seorang wanita disebuah kawasan di Kelantan yang sudah 6 bulan terpaksa berhadapan dengan air yang kotor . Wanita tersebut mengalami kesukaran untuk menghasilkan kek kerana amat susah untuk mendapatkan air yang bersih .

Walau bagaimana pun Syahmi mengakui sememangnya ada masalah air di Kelantan . Tetapi ia berlaku kepada segelintir pengguna sahaja .Menurut Syahmi lagi beliau tidak kisah siapa yang memerintah asalkan keperluan asas untuk rakyat disediakan dengan secukupnya .

#PrezCom