Kuala Lumpur, 06 Ogos 2023, 01 .40 pm. BERSIH (Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil) menggesa semua parti politik dan pemimpin supaya menjadikan Pilihan Raya sebagai satu pertandingan yang adil. Pengerusi BERSIH, Thomas Fann berkata “Pengundi sentiasa memerhati dan Pemantau Pilihan Raya yang digerakkan oleh BERSIH akan merekodkan kesalahan Pilihan Raya yang dilakukan oleh calon atau parti politik,” katanya. Thomas Fann berkata lagi ketika ini, tiada panduan atau undang-undang bagi mengawal selia aktiviti kerajaan. Katanya Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu kini dalam pentadbiran kerajaan sementara dan tidak boleh menggunakan sumber kerajaan untuk berkempen atau mengumumkan peruntukan. BERSIH mencadangkan sebarang pengumuman termasuk peruntukan kepada pengundi tidak dikenakan syarat. Seperti hanya jika calon atau parti itu menang sahaja barulah peruntukan diluluskan, sebaliknya perlu dipenuhi tanpa mengambil kira keputusan Pilihan Raya.

Thomas Fann menegaskan bahawa Kerajaan Pusat mempunyai kelebihan berbanding Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri Sementara { Setelah DUN di bubarkan } tidak mempunyai akses kepada sumber dan jentera tetapi kurang pasti mengenai peranan kerajaan Persekutuan. Kata Thomas dalam satu sidang media di Kuala Lumpur . Bersih mencadangkan garis panduan baru untuk mengekang penyalahgunaan sumber kerajaan semasa tempoh kempen pilihan raya negeri (PRN) “Walaupun tiada undang-undang yang melarang kerajaan persekutuan berfungsi semasa PRN, semua parti harus bersaing secara adil supaya pengundi tidak terlalu dipengaruhi oleh parti yang mempunyai akses kepada sumber dan jentera negeri,” kata Pengerusi Bersih Thomas Fann semasa sidang media dalam talian di Kuala Lumpur hari ini.

Garis panduan yang dicadangkan berkisar tentang prinsip berkaitan syarat, kempen, dan calon yang dikatakan Bersih boleh digunakan untuk mengawal selia aktiviti kerajaan pusat. Tiada syarat perlu disertakan untuk memenuhi sebarang pengumuman atau peruntukan yang dibuat kepada pengundi seperti parti atau calon yang menang dalam pilihan raya akan datang. Sebarang komitmen yang dibuat oleh kerajaan persekutuan harus ditunaikan tanpa mengira keputusan PRN.

  1. Tiada kempen semasa majlis rasmi persekutuan di mana rujukan dibuat kepada pilihan raya akan datang, dan nama parti atau calon disebut, dan simbol atau bendera parti dipaparkan. Tiada peruntukan perlu dibuat secara terpilih untuk kawasan pilihan raya bagi membantu pihak tertentu merampas atau mengekalkan kawasan pilihan raya tersebut.
  2. Tiada kempen semasa majlis rasmi persekutuan di mana rujukan dibuat kepada pilihan r aya akan datang, dan nama parti atau calon disebut, dan simbol atau bendera parti dipaparkan. Tiada peruntukan perlu dibuat secara terpilih untuk kawasan pilihan raya bagi membantu pihak tertentu merampas atau mengekalkan kawasan pilihan raya tersebut. Selain itu, kumpulan itu berkata bahawa garis panduan itu boleh digunakan untuk kerajaan bukan sementara semasa pilihan raya persekutuan.
  3. Tiada calon harus hadir dalam majlis kerajaan persekutuan melainkan mereka juga menteri persekutuan apabila pengumuman khas atau peruntukan dibuat membincangkan pelaksanaan jangka panjang garis panduan itu, Thomas menekankan bahawa perkara utama terletak pada memastikan orang ramai dimaklumkan mengenai perkara itu supaya mereka boleh meletakkan tanggungjawab itu kepada kerajaan. Thomas Fann berkata “Mereka (ahli politik) tidak takut dengan Bersih tetapi mereka takut kepada pengundi. Jika pengundi sedar bahawa ini (penyalahgunaan sumber) adalah tidak adil, maka ahli politik akan mengikut garis panduan itu,” katanya.

Dalam satu petikan media, Bersih disifatkan “berdiam diri” mengenai pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi peruntukan kepada Majlis Belia Negeri Terengganu sebanyak RM250,000 manakala RM200,000 kepada pasukan bermotosikal di seluruh negeri Terengganu dan peruntukan tambahan sebanyak RM100,00 . Thomas Fann memberi jaminan bahawa kumpulan itu masih memantau aktiviti pilihan raya nanti dengan teliti. Beliau memilih untuk tidak “menyerang” parti dan ahli politik secara membuta tuli tanpa alasan yang betul atau sokongan undang-undang. Thomas Fann dipetik sebagai berkata : “Kami tidak mahu membidas atau mengkritik tanpa penjelasan atau tanpa memberikan penyelesaian.”Kita perlu memikirkan isu itu sebelum dibawa ke media sosial untuk mengkritik sesiapa, bukan hanya kerajaan,” tambahnya.

#PrezCom