
Kuala Lumpur , 04 Ogos 2023 10.30 pm. Presiden Parti GERAKAN merangkap Pengerusi Parti Perikatan Nasional ( PN) Pulau Pinang, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata beliau tidak berkecil hati apabila di halang dari menyertai Ceramah Mega PN Best di Jalan Permatang Sungai Dua pada tarikh 1 Ogos 2023 yang lalu . Ceramah Mega PN Best menampilkan barisan kepimpinan komponen PN iaitu Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Perhubungan Bersatu P. Pinang merangkap calon PN DUN Penanti Zulkifli Bakar . Datuk Dr Dominic berkata yang penting adalah bagaimana mahu mendapatkan keyakinan rakyat P.Pinang untuk memenangkan PN di negeri tersebut . Apa yang berlaku tempoh hari tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Presiden GERAKAN dan Pengerusi PN P.Pinang . Beliau menganggap ianya sebagai satu cabaran kepada sesiapa sahaja yang bertanding dan ianya juga perkara biasa yang di alami demi untuk mendapatkan mandat dari rakyat .
Menurut Datuk Dr Dominic didalam berpolitik berbagai perkara boleh berlaku . Terserah kepada mereka untuk membuat sebarang andaian dan beliau tidak berasa kecil hati apabila di minta untuk meninggalkan majlis tersebut dengan alasan beliau tidak di undang untuk menyertai program berkenaan . Menurut beliau lagi parti GERAKAN tiada masalah jika tidak di jemput dimana-mana program anjuran PAS kerana adakala PAS membuat ceramah mengikut kawasan masing-masing dan mengikut inisiatif masing-masing .
Di dalam satu petikan media Datuk Dr Dominic berkata, katanya “Bagi saya masing-masing tahu peranan mereka iaitu memastikan kemenangan berpihak kepada PN bukan sahaja di P.Pinang malah keenam-enam negeri yang menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN ).” Beliau menambah lagi jika perkara yang berlaku itu dianggap hubungan parti komponen PN tidak baik maka itu tidak benar . Beliau tahu apabila ada pertandingan maka tentu ada persaingan dan masing-masing akan merasa tertekan setiap masa kerana mahu melakukan yang terbaik dan mahukan kemenangan hasil dari kerja keras masing – masing.
Datuk Dr Dominic merupakan calon bagi DUN Bayan Lepas . Beliau di calonkan oleh Majlis Presiden PN untuk bertanding di kawasan tersebut yang merupakan kawasan dimana majoriti nya adalah terdiri dari orang melayu . Pencalonan Datuk Dr Dominic Lau mendapat tentangan hebat dari ahli-ahli PAS kerana kerusi DUN Bayan Lepas itu sebelum ini adalah milik calon-calon dari orang melayu.
Sementara itu di Kelantan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama dilaporkan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) sangat aktif membantu PAS membuat persiapan bagi menghadapi PRN. Pengerusi DHPP, Lim Guan Seng ketika ditemuramah berkata, katanya; “Kami adalah penyokong PAS yang terdiri daripada kaum Cina serta India, kami sudah sejak sebulan lalu, hampir setiap malam kami berkumpul untuk memasang bendera serta menghias jalan dengan bendera parti yang menjadi sokongan kami sejak sekian lama.”
Di Lukut, Negeri Sembilan pula Timbalan Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Negeri Sembilan, Dato’ Ragu Subramaniam pula memaklumkan lebih 300 ahli baharu mendaftar dan menyertai DHPP dalam tempoh tiga (3) bulan ini. Menutur Dato’ Ragu kemasukan ahli-ahli baharu ini menjadikan jumlah ahli DHPP meningkat hampir 1,000 orang yang majoritinya daripada kalangan masyarakat India.
DHPP, Baling pula dilaporkan sangat aktif terus menggerakkan jentera mereka bukan sahaja bagi menghadapi pilihanraya tetapi membantu penduduk setempat didalam urusan kebajikan dan membantu rakyat yang memerlukan.
#PrezCom