
Kuala Lumpur , 03 Ogos 2023, 02.22pm. Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas ,Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Nik Din Nik Mat iaitu adik kepada Allahyarham Tan Sri Nik Aziz Nik Mat meminta rakyat Kelantan supaya tidak mengundi Mohd Amar iaitu Timbalan Menteri Besar Kelantan .Beliau di katakan sebagai dalang yang membuatkan nama Nik Abduh Nik Mat tidak di calonkan di dalam Pilihan Raya Negeri Ke-15 nanti.
Ini bermakna anak kepada Allahyarham Tan Sri Nik Aziz Nik Mat itu tidak berpeluang untuk bertanding di kerusi yang pernah di tandingi oleh arwah ayah beliau. Perkara ini dijelaskan oleh Mohd Khairuddin dalam ceramah JELAJAH PERPADUAN KUBANG PASU didewan Kampung Batu 17 Tunjang di Jitra Kedah malam semalam.
Mohd Khairuddin mendedahkan anak muda di Kelantan sudah mula pandai melihat dan menilai keadaan di Kelantan dan apa yang berlaku didalam politik PAS. Sebagai bekas salah seorang kepimpinan PAS , Mohd Khairuddin mengulas lagi sebagai bekas pemimpin tertinggi parti PAS , ketokohan dan pengetahuan Nik Abduh perlu di lihat bahawa beliau lah yang terbaik dan selayaknya bertanding di kerusi yang pernah diwakili oleh ayahnya .
Nik Abduh pernah menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal dan sudah tentu mempunyai banyak pengalaman sebagai seorang pemimpin dan sangat berkelayakan menggantikan ayahnya. Di dalam satu lagi cerita ‘pergi ke kenduri anjuran UMNO masuk neraka’ adalah sangat salah dan menyeleweng daripada akidah Islam”. Kata Mohd Khairuddin lagi. Katanya, pendedahan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin mengenai perkara itu adalah melampau. Ianya sangat buruk dalam agama Islam untuk bercakap undi parti itu atau ini atau mempertikaikan kenduri orang lain itu jatuh dosa besar kerana ini adalah fatwa yang melampau ketika sedang berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN).
Sebaiknya pimpinan parti mesti menegur dalam kesilapan kerana ini membabitkan soal akidah dan kita sebagai seorang Islam wajib tahu hukum Islam dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tentang isu ke neraka Itu terserah kepada Allah. Tentang orang berbuat dosa besar biarlah Allah yang menentukannya .
#PrezCom