Kuala Lumpur 02 Ogos 2023 09.46 pm. Pada 31 Julai 2023 Mahkamah Tinggi Sibu telah menjatuhkan hukuman mati mandatori kepada sepasang suami isteri iaitu Seow Pei Chee dari Subang Jaya dan suaminya Cheung Chia Ming dari Kuala Lumpur selepas didapati bersalah membunuh Heng Heow Lin 38 tahun pada jam 10 malam 04 Oktober 2020 dan pada jam 6 pagi pada 06 Oktober 2020 di sebuah rumah di jalan Tong Sang di Sibu tiga tahun lalu . Hakim Datuk Christopher Chin Soo Yin berkata terdapat niat melakukan kesalahan oleh kedua-dua tertuduh kerana tidak mampu membayar hutang kepada mereka yang juga adalah peminjam wang . Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan , dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan . Mayat Heng Heow Lin di sumbat didalam beg pakaian dan di buang di Jalan Aman sebelum di temui oleh orang awam kira – kira jam 6.30 pagi pada 06 Oktober 2020 .

Semasa menjatuhkan hukuman itu , Hakim Datuk Christopher Chin Soo Yin berkata ” Anda didapati bersalah membunuh , fakta kes ini mengejutkan saya dan akan mengejutkan sesiapa sahaja dalam masyarakat sivil . Anda telah menjadikan mangsa dan anak perempuannya yang masih remaja selama bertahun – tahun hidup dalam penyeksaan , ketakutan dan penderaan fizikal . Anda hidup dengan hasil pendapatannya sebagai seorang pelacur dan apabila dia tidak cukup pendapatan , anda bertindak ganas kepadanya . Anda juga hendak melacurkan anak perempuan si mati untuk memperoleh keuntungan anda sendiri sebagai peminjam wang ” katanya menurut Berita Harian ( 31 Julai 2023 . )

Kisah ini sungguh menyayat hati kepada sesiapa sahaja yang membacanya . Kasihan sungguh kepada mangsa dan anak perempuannya yang di perlakukan seperti tiada perasaan . Masih ada lagi sekarang manusia yang berkelakuan seperti manusia di zaman jahiliah dulu . Sangat kejam dengan menjadikan manusia lain seperti haiwan .

#PrezCom